08 December 2010

Lawat Hong Kong: Lawat Avenue Of Stars

Selepas makan malam (entry sebelum ini), aktiviti kami di Hong Kong diteruskan dengan melawat Avenue Of Stars. Dari restoran, kami ke Avenue Of Stars hanya berjalan kaki sahaja. Perjalanan memakan masa lebih kurang 15 minit.

Apa yang menarik di Avenue Of Stars?
Ia merupakan tempat memamparkan nama, tanda tangan, atau bekas tapak tangan di sepanjang kaki lima di tepi laut tersebut. Selain itu, pada jam 8.00 malam diadakan pertunjukkan lampu dan laser dari bangunan-bangunan yang mengambil bahagian. Pantulan cahaya mengikut irama muzik itu sungguh mengasyikkan. Ia berlangsung selama 15 minit sahaja.

Kelihatan ramai pengunjung (kebanyakkan pelancong) yang datang untuk melihat keunikkan acara tersebut.

Selesai menonton acara tersebut, kami meneruskan perjalanan ke Ladies Market. Ikuti entry mengenai Ladies Market dalam entry seterusnya.

Galeri gambar:










EmoticonEmoticon