Jom makan nasi ayam Hainam Melawati
Pernah singgah makan di restoran Nasi Ayam Hainam Melawati?
Jika pernah, pasti anda tahu keenakkan nasi ayam tersebut.
Kami tidaklah selalu singgah tetapi jika teringat hendak makan, pasti akan ke sana. Nasi ayamnya sunggu enak sehingga pasti tidak cukup untuk 1 set sahaja seorang. Lagipun nasi yang diletak tidak sebanyak mana berbanding restoran lain.
Jika ingin singgah, pastikan anda datang lebih awal kerana jika singgah waktu tengah hari, pasti agak sukar untuk mendapat tempat duduk. Pastikan juga anda terus membuat pesanan double kerana tidak perlu membuat tambahan kemudian... [sengih]
Harga untuk 1 set nasi ayam di restorannya sekarang ialah RM4.00. Sebelum ini kami singgah hanya RM3.50 sahaja. Sudah naik harga rupanya.. huhuhu
Jom singgah-singgah makan di Restoran Nasi Ayam Hainam Melawati.
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon