Review Filem Skyline
Semalam, Sop dan keluarga sempat menonton filem Skyline di TGV Wangsa Walk Mall. Kami ingin menonton cerita ini selepas melihat review dari Nuffnang tempoh hari.
Cerita yang mengisahkan tentang makluk asing yang datang menyerang bumi ini sangat menarik walaupun nampak biasa sahaja. Terdapat banyak aksi yang mendebarkan sepanjang cerita ini.
Rupanya makhluk asing tersebut menangkap manusia untuk mendapatkan otak manusia. Otak manusia tersebut digunakan untuk menghidupkan askar mereka. Perkara ini dapat dilihat setelah hero dan heroin ditangkap. Otak hero telah diambil dan digunakan untuk mengidupkan askar mahluk asing tetapi akhirnya beliau dapat mengawal badan makhluk asing tersebut.
Cerita diakhiri dengan tergantung iaitu selepas menyematkan kekasihnya sahaja. Ia menunjukkan akan muncul Skyline 2 kerana cerita belum tamat sepenuhnya.
Pelakon dalam cerita ini tidak begitu dikenali (Sop tak kenal) tetapi cerita tetap menarik.
Jom menonton cerita ini untuk melihat bagaimana makhluk asing tersebut menangkap manusia.
Galeri gambar:
Preview:
EmoticonEmoticon