18 November 2010

Kenapa perlu bercerita dalam blog?

Seperti semua tahu, blog terdiri daripada pelbagai jenis. Ia mengikut tujuan pembina blog itu sendiri. Antara jenis blog tesebut ialah blog peribadi, blog perniagaan, blog hiburan, blog berita, blog lirik, blog download dan sebagainya. Namun begitu, bloh yang paling banyak yang dibina ialah blog peribadi yang mana menceritakan tentang perkara-perkara menarik dalam kehidupan.

Adakah penceritaan dalam entry blog itu penting?

Teknik bercerita sangat sesuai untuk menarik pelawat blog untuk membaca keseluruhan entry. Pengolahan ayat bercerita boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Ia biasanya lahir dari pengalaman penulis itu sendiri. Dalam cerita tersebut, boleh diselitkan dengan emosi, suasana persekitaran, pendapat orang lain dan sebagainya. Jika ditanya antara buku cerita dengan buku laporan, mana lagi best?

Penceritaan biasanya lahir daripada pengalaman yang dilalui. Pembaca biasanya memerlukan pengalaman yang dilalui oleh penulis sebagai rujukan berbanding fakta-fakta atau teori. Pengalaman ini lebih nyata dan mudah diterima. Contohnya pengalaman temuduga. Pastinya banyak tips-tips tentang temuduga tetapi apabila dilihat berdasarkan pengalaman, mungkin ada yang jauh berbeza. Contoh lain ialah pengalaman berada di negara lain, pengalaman memandu dan sebagainya.

Bercerita menjadikan penulis bebas untuk menulis tanpa terikat dengan sebarang pengkhususan. Penulis boleh bercerita apa sahaja selagi tidak melanggar sebarang undang-undang. Penulis boleh bercerita tentang berita yang dibaca, bercerita tentang keluarga, bercerita tentang masyarakat dan sebagainya. Jika anda menulis mengenai fakta, ia perlu dipastikan bahawa ia benar dan sahih.

Bercerita boleh mengelakkan dari aktiviti 'copy' dan 'paste' blog. Contohnya jika terdapat berita yang menarik dari akhbar, anda boleh bercerita kembali berita tersebut dengan cara tersendiri. Ia dapat mengelak dari aktiviti 'copy' dan 'paste' dan kemungkinan ia lebih menarik. Contohnya: "Hari ini terbaca berita dari akhbar tentang seekor lembu yang disembelih dengan tidak disangka-sangka bangun dan mengejar orang kampung. Ia berlaku di di kampung...... Pada pendapat Sop, mungkin lembu tersebut ada ilmu kebal, sebab itu bila disembelih tidak mati... ..."

Dalam blog perniagaan, penceritaan selalu digunakan sebagai 'testimonial' kejayaan. Pengalaman-pengalaman kejayaan yang dilalui dapat menarik perhatian pembaca. Ia dapat mengesahkan tentang fakta-fakta yang diutarakan (testimonial yang betul).

Penceritaan boleh dijual dan mendapat pendapatan. Jika dilihat berdasarkan "Advertorial" Nuffnang, semua iklan yang perlu dibuat oleh bloggers adalah berdasarkan pengalaman dan penceritaan. Contohnya jika iklan mengenai produk, bloggers perlu melalui pengalaman tersebut dan ceritakan kembali kepada pembaca. Cerita-cerita menarik juga boleh dijual melalui buku-buku dan juga program review. Ramai bloggers yang telah menceburi dalam bidang membuat review produk dan testimonial untuk menambah pendapatan.

Terdapat banyak lagi kepentingan-kepentingan bercerita dalam blog.
Apa pendapat anda?


EmoticonEmoticon