09 October 2010

Kegemaran Azfar dan Azwar

Setiap orang mempunyai makanan kegemaran yang tersendiri. Kegemaran orang dewasa berbeza dengan kanak-kanak. Kebiasaan kanak-kanak akan menggemari sesuatu yang manis dan beri keseronokkan. Oleh sebab itu, makanan yang selalu dibuat oleh pengeluar makanan akan melibatkan yang manis-manis dan mempunyai alat permainan.

Antara makanan kegemaran Azfar dan Azwar ialah donat. Apa yang menarik apabila Azfar dan Azwar makan donut Big Apple ialah kecomotan akibat memakan donut tersebut. Donut yang diminati hanya 1 jenis tersebut walaupun terdapat pelbagai jenis yang lain. Pernah sekali terpaksa membeli jenis lain di Big Apple kerana kehabisan, malangnya Azfar dan Azwar tidak akan sampai habis. Mungkin rasa dan design yang berlainan. Apabila mereka suka jenis tersebut, memang sukar untuk menukarnya.

Begitu juga dengan hidangan Happy Meal, Mc Donald. Azfar dan Azwar sukakany Mc Donald bukan kerana burger atau makanannya tetapi permainan yang disediakan. Kadang-kadanga hanya makan kentang goreng sahaja. Jika dihitung, sudah perlbagai jenis permainan Happy Meal Mc Donald terdapat di rumah.

Itu lah dunia kanak-kanak. Mungkin kita dulu juga macam itu?

Galeri gambar:













EmoticonEmoticon