10 September 2010

Sambutan malam Raya Aidilfitri

Selesai berbuka, kami sekeluarga sibuk pula menyambung aktiviti persiapan Raya Aidilfitri. Sejak petang tadi, beberapa persiapan telah dilakukan. Ini kerana selepas Solat Isyak, akan diadakan aktiviti Takbir Raya dari rumah ke rumah. Terdapat beberapa rumah telah membuat persiapan untuk menyambut kehadiran rombongan takbir Raya tersebut termasuklah rumah mertua Sop.

Malam ini tiada aktiviti bermain bunga api untuk Azfar dan Azwar kerana tiadak stok. Petang tadi singgah ke pasar Ramadan Setapak tetapi tiada bunga api besi hanya bunga api biasa. Oleh kerana Azfar dan Azwar batuk, jadi Sop tidak membeli bunga api tersebut.

Malam ini, Sop ke surau untuk solat Isyak dan bertakbir. Sedang bertakbir, teringat keluarga di kampung. Walapun berada dengan keluarga mertua tetapi keluarga tetap diingatan.

Rombongan surau bermula selepas bertakbir di surau. Selepas beberapa buah rumah, akhirnya tiba giliran bertakbir di rumah mertua. Rombongan terdiri lebih kurang 12 orang. Sop tidak dapat ikut kerana perlu menjaga Azfar dan Azwar.

Ikuti suasana beraya dalam entry seterusnya.

Galeri gambar:


EmoticonEmoticon