Perjalanan dari Kuala Terengganu ke KL
Baca Juga
Semalam, setelah 4 hari beraya di Kuala Terengganu tiba masanya kembali ke Kuala Lumpur. Hari Jumaat, Sop akan mula bertugas. Perjalanan dari Kuala Terengganu jam 10.00 pagi. Perjalanan agak perlahan dari Kuala Terengganu sehingga memasuki lebuhraya kerana banyak kenderaan di jalan biasa. Terdapat beberapa tempat hujan lebat semasa perjalanan. Seperti biasa, beberapa kali berhenti di stesyen minyak dan hentian rehat.
Semasa di Kemaman, kami singgah sekejab di Kuala Kemaman untuk membeli satar dan otak-otak. Sambil menunggu siap tempahan bungkus, kami juga sempat makan di kedai tersebut.
Kemudian, kami singgah di Chukai, Kemaman untuk beraya di rumah abang Sop. Beliau masih dalam bercuti, oleh itu sempat beraya dan juga bersolat. Azfar dan Azwar sempat mandi manda untuk menyegarkan badan. Selepas selesai semuanya, kami meneruskan perjalanan kembali ke Kuala Lumpur.
Di sepanjang lebuh raya, perjalanan sangat lancar. Kereta tidak terlalu banyak. Kami singgah di hentian R&R Temerloh untuk minum. Kedai-kedai minum dan makan telah buka sepenuhnya. Pemandu juga ramai yang singgah untuk minum, makan dan berehat.
Kami sampai ke Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang. Alhamdulillah, perjalanan kami selamat. Malam tadi tidak sempat untuk online kerana agak penat.
Galeri gambar:
|
Bersalam dahulu sebelum bertolak |
|
Alicafe membantu kesegaran memandu :) |
|
Satar dan Otak-otak Geliga, Kemaman |
|
Tunggu dihidangkan.. |
|
Satar dan otak-otak sedang dibakar |
|
Air kelapa yang menyegarkan :) |
|
Jemput makan yer.. huhuhu |
|
Otak-otak Kuala Kemaman memang sedap!! |
|
Otak-otak Kemaman berbeze dengan otak-otak Kempas |
|
Dulu biasanya ada ikan, skrg dah tiada.. mana pergi? huhuhu |
|
Singgah beraya di rumah abang, Chikai, Kemaman |
|
Kami dijamu dengan Pizza :) |
|
Singgah sempadan Terengganu dengan Pahang untuk beli keropok lekor |
|
Memasuki lebuhraya [Tol Jabor] |
|
Beberapa kawasan hujan lebat, fokus nih!! |
|
Penat? Jangan lupa berehat.. :) |
|
Kita minum dulu.. huhuhu |
EmoticonEmoticon