13 August 2012

Panduan mandi sunat Aidilfitri dan solat Aidilfitri

Solat Sunnat Aidilfitri yang dinikmati setahun sekali pasti tidak akan Sop lepaskan. Pagi-pagi pastikan mandi Sunat Aidilfitri dan kebiasaan ke masjid selepas sarapan pagi. Sop akan ke masjid lebih awal untuk bertakbir dan bertahmid. Tetapi oleh kerana setahun sekali melakukannya, pasti lupa-lupa untuk niat mandi atau solat Sunat Aidilfitri. Untuk memastikan bersedia awal Syawal, Sop perlu "refresh" ingatan dengan merujuk halaman yang menyediakan panduan tersebut. Berikut adalah panduan yang Sop ambil dari blog Ust. Azizi:


Panduan mandi sunat Aidilfitri dan solat Aidilfitri:

Sebelum menunaikan solat hari raya kita disunatkan mandi Hari Raya:

Lafaz Niatnya Mandi Sunat Aidilfitri: 

نويت الغسل لعيد الفطر/لعيدالاضحى/ سنة لله تعلى

NAWAITUL GHUSLA LI I’DIL FITRI / I’DIL ADHA /SUNNATALLILAHI TAA’LA
“Sahaja aku mandi sunat hari raya fitrah/ hari raya adha (korban) kerana Allah S.W.T. Taa’la”.

1. Lafaz Niat Solat Hari Raya Aidilfitri :

أُصَّلِي سُنَّةَ لِعيدِ الْفِطْرِ/لعيدالاضحى/ رَكْعَتَيْنِ أدأً مَأْمُومًا لِلَّهِ تَعَالَى . الله اكبر

USSALLI SUNNATA LII’DIL FITRI /LI I’DIL ADHA/ RAKA’TAINI ADAAN MA’MUMAN LILLAHI TAA’LA. ALLAHU AKBAR.
“Sahaja aku sembahyang sunat i’dil fitri/hari raya adha (korban) dua rakaat maa’ mum kerana Allah Taa’la”

2. Pada rakaat pertama :-
  i)  Baca doa Iftitah
  ii) Bertakbir tujuh kali
  iii)  diselangi dengan  Tasbih sebanyak enam kali:
       Bacaannya:
       سبحان الله والحمد الله ولآ إله إلا الله والله اكبر

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILA HA ILLALLAH WALLAHU AKBAR
“Maha Suci Allah, dan segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar”

  iv) Baca Surah Al Fatihah, Surah Al Qaf, atau Surah Al- Aa’la

3. Pada Rakaat Kedua :-
  i)   Takbir Lima Kali
  ii)  Diselangi dengan tasbih sebanyak empat kali :-

سبحان الله والحمد الله ولآ إله إلا الله والله اكبر

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILA HA ILLALLAH WALLAHU AKBAR
“ Maha Suci Allah, dan segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar”

  iii)  Baca Surah Al Fatihah, surah Al Ghasiya

4. Khutbah hari Raya


Selepas solat sunat Aidilfitri, Sop selalu lihat ramai yang terus beransur pulang. Sedangkan khutbah Aidilfitri adalah sebahagian daripadanya.

Selamat menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

3 comments:

  1. Tq,saya boleh dpt banyak pengetahuan:)

    ReplyDelete
  2. You have done a great job on this article. It’s very readable and highly intelligent. Pikdo is an Instagram Online Viewer that you can easily browse users, location, followers, hashtags, popular contents, statistics and much more. ...

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon