Google Instant tingkatkan kelajuan enjin carian
Pengguna internet akan menikmati lebih keistimewaan yang ditawarkan oleh Google selepas syarikat internet terbesar tersebut menambah ciri hasil pencarian. Sebelum ini, pengguna internet telah menikmati pelbagai ciri-ciri internet terbaik oleh Google seperti injin carian, tapak blog, emel, pengiklanan dan sebagainya. Diharap Google terus memberi yang terbaik kepada pengguna.
Kalaulah Sop boleh buka syarikat seperti Google..huhuhuh
Ikuti berita mengenai "Google Instant tingkatkan kelajuan enjin carian" yang dipetik dari Utusan Online seperti berikut:
SAN FRANCISCO 9 Sept. - Google Inc. meningkatkan kelajuan enjin carian Internetnya semalam dengan menambah satu ciri yang memaparkan hasil pencarian sebaik sahaja pengguna mula menaip permintaan mereka.
Ciri tersebut yang dikenali sebagai Google Instant merupakan kemajuan paling besar yang dicapai setakat ini oleh syarikat berusia 12 tahun itu bagi merealisasikan cita-cita para pengasasnya untuk membina enjin carian yang boleh membaca fikiran pengguna.
Pencapaian itu dialu-alukan oleh pengasas bersama Google, Sergey Brin yang secara berkelakar memberitahu wartawan, komputer syarikatnya yang secepat kilat kini mengalami transformasi menjadi sebahagian otak manusia.
"Saya berpendapat kemajuan ini boleh digambarkan sedikit sebagai era baru dalam pengkomputeran," kata Brin.
Perubahan itu bermakna pengguna Google akan mula melihat set hasil pencarian yang sentiasa berubah-ubah di skrin komputer mereka dan hasil pencarian itu boleh berubah lagi dengan setiap aksara tambahan yang ditaip.
Pengguna mungkin hanya perlu menekan kekunci sekali untuk memperoleh satu set hasil pencarian yang memuaskan.
Misalnya, pengguna yang menaip 'w' dalam kotak pencarian Google mungkin melihat hasil tinjauan kaji cuaca di kawasan sama di mana permintaan itu ditaip.
Ciri terbaru itu akan diperkenalkan beransur-ansur di seluruh Amerika Syarikat (AS) minggu ini dan ditawarkan di bahagian lain dunia lewat tahun ini.
Ia direka untuk berfungsi pada versi terbaru pelayar utama lama Web.
Google percaya meningkatkan kelajuan jentera pencariannya akan menambah kepuasan pengguna dan mungkin menggalakkan mereka membuat lebih banyak permintaan.
Perkara itu penting bagi Google kerana setiap permintaan membuka satu lagi peluang untuk menyiarkan iklan yang menjana sebahagian besar daripada pendapatan tahunan syarikat yang berjumlah hampir AS$30 bilion (RM96 bilion). - AP
EmoticonEmoticon