Di pagi Hari Raya Aidilfitri
Baca Juga
Pada awal pagi, Sop bersiap untuk ke masjid Setapak Jaya untuk menunaikan solat Sunat Aidilfitri. Selesai sahaja solat, kami sekeluarga terus ke rumah mertua untuk beraya. Sampai sahaja, kami mulakan aktiviti pagi raya dengan bersarapan pagi. Terdapat pelbagai menu yang disediakan oleh mertua seperti nasi himpit, ketupat, lemang, kuih raya dan lain-lain lagi. Menu kegemaran Sop di pagi raya ialah ketupat dan lemang bersama rendang ayam.
Selesai bersarapan, kami mulakan sesi bermaaf-maafan sesama ahli keluarga. Disamping itu, pemberian duit raya turut dilakukan.
Selesai bermaaf-maafan, seterusnya ialah aktiviti bergambar. Semasa bergambar, banyak pula karenah Azfar dan Azwar. Susah pula hendak bergambar, mungkin kerana 'mood' pagi. Injin mereka belum panas dan sebab itu 'mood' kurang baik.
Aktiviti pagi ini hanya berada di rumah mertua. Kami belum keluar ke rumah sedara lain kerana menunggu solat Jumaat. Ikuti aktiviti kami selepas Solat Jumaat iaitu pergi beraya dalam 'entry' seterusnya.
Galeri gambar:
|
Sebelum ke masjid |
|
Azfar dan Azwar tidak boleh ikut ke masjid |
|
Sarapan pagi di rumah nenek |
|
Senyuman di pagi raya |
|
Bersalam dengan Atuk |
|
Bersalam dengan Nenek |
|
Ciuman Aidilfitri |
|
Duit raya kepada anak saudara |
|
Azfar membelek duit raya yang diterima |
|
Atuk memberikan duit raya |
|
Sesi begambar bersama adik beradik dan anak-anak |
|
Sesi bergambar keluarga - masih tiada 1 keluarga |
|
Sesi bergambar kelurga Sop |
|
Senyum, 1, 2 3.. snap!! |
|
Bersama isteri tersayang |
|
Kami datang beraya.. huhuhu |
EmoticonEmoticon