Sambutan Hari Lahir Mama 2010
Sambutan Hari Lahir Mama untuk tahun kali ini hanya secara sederhana dan ia selaras dengan kempen kerajaan. Oleh itu, kami hanya ke Madam Lim's Restoran yang terletak di Jaya Jusco Setiawangsa. Perjalanan bermula pada jam 8.15 malam dari rumah ke Jaya Jusco Setiawangsa.
Untuk makan malam, hanya beberapa menu sahaja yang dipesan iaitu Madam Lim's Tom Yam, Udang Masak Petai, Nasi Goreng Cina dan minuman.
Apa yang best di Madam Lim's ialah haiwan dalam hidangan sangat meriah! Contoh udang masak petai yang mana udangnya sangat banyak dan berbaloi dengan harganya. Begitu juga dengan Madan Lim's Tom Yam.
Namun begitu, kepada yang tidak tahan pedas, pastikan perut dialas terlebih dahulu kerana masakan agak pedas dan terangkat!
Kos untuk malam ini hanya RM 49.50 sahaja..
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon