09 August 2010

Percutian ke Johor [bahagian 4]




Sedutan bahagian 3
..[Setibanya di Chinatown, kami sempat singgah ke beberapa kedai. Ia tidak ubah seperti Petaling Street di Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual dan barangan cenderamata yang paling banyak kelihatan. Kebanyakkan pelawat yang datang ke sini adalah pelancong...]


Setelah selesai melawat Chinatown, perjalanan kami diteruskan lagi untuk ke Merlion Park untuk melihat air pancut dari mulut singa. Sekali lagi kami menggunakan pengangkutan MRT untuk ke sana. MRT di sini sangat menarik kerana gerabak yang panjang, pergerakkan yang pantas dan sangat lancar. Kami sangat selesa berada dalam MRT tersebut. Kami juga ingin memuji sikap penumpang Singapura yang sangat perihatin yang mana kami sentiasa ditawarkan tempat duduk kerana membawa kanak-kanak. Terdapat kerusi khas setiap line kerusi bagi wanita mengandung, orang tua dan pembawa kanak-kanak.


Kami sebenarnya tidak tahu jalan untuk ke Merlian Park tersebut tetapi hanya menggunakan peta yang telah dicetak dari internet. Peta tersebut menunjukkan ke mana kami perlu turun untuk ke sana tetapi tidak pasti di belah mana. Tidak seperti di Chinatown, stesyen MRT berhampiran dengan pasar tersebut.


Semasa perjalanan ke Merlian Park tersebut, kami melalui kawasan-kawasan yang menarik sepanjang perjalanan. Ketika di taman, kami cuba bertanyakan kepada seseorang tetapi beliau juga pelancong! huhuhu.. Akhirnya kami tiba juga ke destinasi kami dan ketika itu, ramai pelawat yang sedang bergambar. Sungguh meriah di kawasan tersebut.



Selesai bergambar dan rehat seketika, kami meneruskan perjalanan pulang. Semasa menuju ke Stesyen MRT, kami terserempak pula dengan kumpulan pemilik kereta mewah Lamborghini. Ikuti gambar kami bersama koleksi kereta tersebut di bahagian berikutnya.

Terima kasih kerana sudi membaca entry blog ini.

Galeri gambar:






EmoticonEmoticon