25 August 2010

Mengubah dunia dengan blog anda?

Bloggers yang aktif sentiasa membuat kemaskini dan menaikkan trafik blog. Tujuan utama ialah untuk menarik pendapatan dari blog. Lebih banyak usaha yang kita lakukan, lebih banyak hasil yang kita dapat.

Setiap blogger mempunyai kemahiran tersendiri. Ada yang pandai berjenaka, mencipta animasi, pakar photografi, buat video, buat laporan, bercerita dan sebagainya. Setiap kemahiran ini menjadikan blogger unik dan mempunyai tarikkan tersendiri. Dengan kuasa memujuk, mendidik, merayu, menyampai dan lain-lain ini, bloggers mampu menyumbang kepada perubahan dalam masyarakat.


  1. Menulis tentang isu dan cadangan mengatasinya - setiap isu blogger boleh laporkan diblog kerana ada yang tidak membaca akhbar, dengar radio, tengok berita tetapi baca blog. Dengan maklumat yang disampaikan, pembaca sedar dan maklum mengenai sesuatu isu. Disamping itu, ulas sebaiknya cadangan atau tindakkan untuk mengatasi isu-isu tersebut. Contoh isu terhangat sekarang ialah pembuangan bayi! Blogger melapurkan berita-berita tentang pembuangan bayi, huraikan sebab-sebab, kesan-kesan dan cara mengatasinya. Mungkin pelawat yang membaca akan sedar dan cuba menghidari sesuatu ke arah perbuatan tersebut.
  2. Mendapat maklumat dari pihak berkaitan dengan isu - mungkin terdapat maklumat sokongan perlu dilaporkan/ tulis oleh bloggers. Sekiranya ia diluar bidang pengetahuan bloggers, maklumat boleh didapati dari pihak yang berkaitan. Mungkin boleh diadakan temubual, mohon pendapat atau pandangan melalui bicara blog, melalui khutbah, penulisan lain dan sebagainya. Sekiranya ada badan yang membuat kempen, bloggers mungkin boleh mendapat maklumat dari badan tersebut.
  3. Menjalankan kempen kepada masyarakat - kempen boleh bermula dari bloggers kepada bloggers. Kempen paling ringkas ialah membuat entry dan menyerus kearah kempen tersebut. Selain itu, boleh membuat banner, Vblog, komuniti dan sebagainya untuk menjayakan kempen tersebut. Adalah lebih mudah jika bloggers dapat bekerjasama dan jalankan kempen dalam bentuk kumpulan. Contoh kempen pembebasan Palestin. Boleh mengadakan tabung untuk Palestin atau kempen boikot barangan Israel!
Berikut merupakan 3 contoh peranan bloggers yang boleh dibuat untuk membuat perubahan kepada masyarakat. Disamping kita mengejar matlamat bloggers, jangan dilupa peranan kita dalam masyarakat. Walaupun sikit sumbangan bloggers kepada setiap isu tetapi sekurang-kurangnya ia boleh membantu.

Apa perana anda untuk mengubah dunia?


EmoticonEmoticon