25 August 2010

Malware Detected - GengBlogger

Awas, Malware menyerang!

Itu mesej yang diterima apabila membuka laman web GengBlogger. Kesannya setiap blog yang link fail dari GengBlogger akan menerima amaran yang sama. Ia akan mengeluarkan amaran apabila menggunakan pelayar Google Chrome. Sop cuba untuk melayari menggunakan Internet Explore (v7) tiada masalah, mungkin sebab tidak diupdate!

Apabila pelayar memberi amaran tersebut, memang traffic akan berkurangan. Pelawat tidak akan cuba masuk kerana risaukan malware yang dilaporkan. Blog Riwayat Hariku juga mengalaminya tadi. Dengan itu, Sop terpaksa membuang dahulu link fail gambar dari web GengBlogger.

Galeri gambar:
laman web GengBlogger
blog Riwayat Hariku
contoh blog lain


EmoticonEmoticon