30 August 2010

6 tips memilih template blog anda

Template blog adalah suatu elemen penting dalam blog selain dari entry itu sendiri. Pembinaan template yang baik mempu menjadikan blog anda antara yang terbaik. Template bukan sahaja berfungsi untuk memberi identiti kepada blog anda tetapi juga dapat mempengaruhi keseluruhan blog anda.

Berikut tips untuk anda memilih template yang terbaik untuk blog anda:

  • Template mengikut citarasa anda - Ia adalah blog anda dan anda yang pertama perlu menyukainya kerana anda sendiri akan paling banyak untuk melihantnya. Jika anda hanya untuk memuaskan hati pelawat, anda akan cepat bosan dengan template tersebut.
  • Mengikut tema - pastikan template yang dipilih sesuai dengan tema blog anda. Sekiranya blog mengenai keibubapaan, pastikan template yang sesuai dengan golongan ibubapa. Begitu juga blog remaja, mestilah memilh template yang ceria.
  • Pemilihan warna sesuai - warna juga perlu sesuai dari segi tulisan, background, widget dan sebagainya. Ikuti rahsia warna untuk membuat penilaian berdasarkan blog anda. 
  • Pemilihan saiz - merujuk kepada pemilihan saiz tulisan, header, body wrapper, widget dan sebagainya. Contonya saiz tulisan perlu mudah dibaca iaitu tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
  • Template ringan dan ringkas - kesederhaan adalah yang terbaik. Pastikan tidak memilih template yang terlalu berat untuk load. Kebiasaan template yang mengandungi grafik yang banyak akan memberatkan blog anda. Saiz grafik juga perlu kecil. Tidak semua pengguna internet mempunyai internet yang laju. Kelambatan load blog mengakibatkan pelawat akan bosan.
  • Susunan widget yang sesuai - kesesuaian merujuk kepada 'main body' dan juga 'widget'. Keutamaan blog adalah artikel. Pastikan artikel blog yang perlu ditonjolkan. Terdapat template yang mempunyai lebih 3 sidebar dan ini menjadikan ruangan untuk artikel terlalu kecil. Pilihan sidebar juga perlu sesuai dengan widget yang akan anda masukkan seperti iklan, top story, new artikel, shoutbox dan sebagainya. Susunan template yang kemas menunjukkan anda seorang yang profesional. Pelawat juga mudah untuk mencari maklumat berkaitan.
  • Pastikan template SEO friendly - terdapat juga template yang tidak mesra SEO dan ini mengakibatkan blog anda tidak mendapat traffic dari injin carian seperti Google atau Yahoo! Sop pernah menggunakan template yang agak canggih dan hebat tetapi langsung tidak mesra SEO. Bila dibuat analisis, tiada pelawat dari injin carian langsung. Template juga boleh dibuat beberapa 'hack' untuk menjadikan mesra SEO seperti 'title swap", meta tag, keyword/description dan sebagainya.
Terdapat banyak lagi tips-tips pemilihan template ini. Tips yang dinyatakan adalah paling 'basic' sebagai panduan. Sekiranya terdapat tips lain yang ingin dikongsi, sila kongsikan diruangan komen.


EmoticonEmoticon