5 tips menaikkan Page Rank (PR)
Setakat hari ini, Page Rank (PR) blog Riwayat Hariku (RH) masih ditangga PR2 dan juga berada di PR 2 dalam tempoh yang agak lama. Apabila melawat blog dari negera jiran seperti Indonesia, rata-rata PR blog mereka sangat tinggi iaitu PR3 atau PR4. PR yang tinggi ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri tetapi apa yang paling penting ialah kepuasan diri [capai target].
Oleh sebab itu, Sop cuba menaikkan PR blog RH ke aras yang lebih tinggi. Terdapat banyak tips-tips yang dibekalkan di laman web atau blog tetapi Sop cuba fokus kepada 5 tips ini dahulu:
Oleh sebab itu, Sop cuba menaikkan PR blog RH ke aras yang lebih tinggi. Terdapat banyak tips-tips yang dibekalkan di laman web atau blog tetapi Sop cuba fokus kepada 5 tips ini dahulu:
- Update entry blog setiap hari dengan memasukkan lebih banyak konten yang unik. Penulisan juga perlu mesra SEO untuk menerima traffic dari injin carian. Selain itu, blog juga perlu dibuat tuning.
- Memasukkan link entry yang lepas ke dalam entry untuk sebagai rujukan atau maklumat tambahan. Sop ada buat tetapi jarang-jarang. Selepas ini akan berusaha lebih!
- Sentiasa membuat 'ping' apabila selesai membuat entry. Terdapat banyak website yang menyediakan kemudahan 'ping' ini.
- Mendaftar blog atau menghantar sitemap dengan web carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya
- Berkongsi link dan mendaftar link ke laman web 'directory'. Setakat ini ada beberapa web 'directory' yang Sop telah daftar dan mungkin boleh tambah lagi dengan web-web 'directory' luar negara pula. Contohnya Free Web Submission dan Submit Express
Terdapat banyak lagi tips-tips yang Sop jumpa tetapi buat masa ini, akan cuba fokus kepada 5 tips ini. Sekiranya tiada juga perubahan, mungkin boleh meningkatkan usaha-usaha lain.
Sekiranya anda ada tips-tips tambahan untuk dikongsi, sila tinggalkan diruangan komen. Mungkin boleh dimanfaatkan bersama ilmu tersebut. :)
EmoticonEmoticon