Lawatan Sekolah SK Kimondou, Ranau Sabah
Setelah perjalanan 3 jam, kami tiba ke destinasi kami. (entry sebelum ini)
Ini adalah pertama kali aku berkesempatan melawat sekolah di pedalaman yang mana kemudahan yang kurang. Berbeza sekolah di bandar yang mana kesemua bangunan adalah konkrit tetapi sekolah di sini masih menggunakan bangunan kayu. Hanya makmal komputer sahaja yang ber'kongkrit'.
Perjalanan ke sekolah ini tidak sukar kerana terdapat jalan raya yang cantik sepanjang kawasan tersebut. Aku dipahamkan terdapat sekolah yang masih tidak mempunyai laluan jalan raya dan kenderaan masuk ke sana.
Apa yang menarik mengenai sekolah ini ialah pencapaiannya. Walaupun bangunan tidak gah seperti bangunan sekolah di bandar tetapi pencapaian dari segi akademik dan kokurikulum adalah baik.
Rombongan kami disambut baik oleh pihak sekolah dan terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah tersebut.
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon