30 July 2010

Jom makan TAKO TAO

Sebenarnya ini kali pertama kami mencuba makanan ini. Kami mencuba makanan ini di Jaya Jusco Setiawangsa. Didapati ramai yang meminati makanan ini. Sebenarnya tak tahupun makanan ini dari Jepun. Kami hanya sekadar ingin mencuba sahaja.


Apa yang menarik tentang makanan ini ialah cara membuatnya. Caranya sangat unik dan perlu dilakukan dalam beberapa langkah. Maaf, aku tidak arif hendak menceritakan cara membuatnya.

Semasa ditanya, ia dibuat dari tepung. Tepung yang dimasukkan ke dalam bekas tidak dibiarkan begitu sahaja tetapi perlu dibentuk menggunakan stik besi sehingga ia bulat. Setelah selesai, bebola tersebut dimasukkan ke bekas berikutnya untuk dimasak lagi. Susah betul nak siapkan satu biji.

Terdapat beberapa jenis Tako Tau ini iaitu sotong, ayam, ikan dan lain-lain. Hari tersebut, kami mencuba perisa sotong selepas dicangkan oleh penjual tersebut.

Rasanya agak unik dan sedap. Rasanya kalau setakat 3 biji tu memang tidak cukup. Azwar sahaja dan makan 2 biji. Di dalamnya terdapat inti sotong [bagi perasa sotong] dan di atasnya diletakkan sos dan sotong kering.

Satu set Tako Tau [3 biji] ini ialah RM 4.30 sahaja.

Jika anda belum pernah mencubanya, sila-sila lah singgah yer!

Galeri gambar:


Pendapat blogger lain mengenai Tako Tao di sini.


EmoticonEmoticon