Jom bermain di Tesco Funland
Kesempatan membeli belah di pasaraya murah Tesco diambil peluang oleh Azfar dan Azwar untuk bermain seketika. Ini peluang yang ditunggu-tunggu apabila kami ke pusat membeli belah.
Pusat permainan ini menawarkan harga yang murah iaitu hanya RM3 seorang untuk 2 jam. Apabila murah, kesannya ramai kanak-kanak yang akan bergembira terutama pada hari minggu yang mana ramai pengunjung datang membeli belah.
Azfar dan Azwar hanya bermain seketika sahaja dan minta untuk keluar. Mungkin terlalu padat sehingga sukar untuk bermain terutama lebih ramai kanak-kanak yang lebih besar dan ganas! Namun begitu, Azfar dan Azwar sempat merasai kesemua jenis permainan yang terdapat dalam taman tersebut.
Kepada ibubapa yang ingin membawa anak-anak bermain, mungkin Taman Permainan Tesco ini boleh dimasukkan dalam senarai.
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon