Peraduan Teka dan Menang - Apa ada dalam porch beg gnesop?
Sebelum meneruskan maklumat Peraduan Teka dan Menang untuk minggu ini, ucapan tahniah kepada kura-kura yang telah diumum sebagai pemenang Peraduan Teka dan Menang - Berapa berat Azwar?.
Peraduan Teka dan Menang diteruskan minggu ini dengan tajuk Peraduan Teka dan Menang - Apa ada dalam porch beg gnesop?.
Untuk makluman, porch beg ini sentiasa saya bawa ke hulu ke hilir sama ada ke pejabat atau berjalan-jalan. Pada asalnya pembelian porch beg ini untuk digunakan semasa menunggang motor tetapi oleh kerana banyak perkara boleh di masukkan dalam porch beg, jadi ia selalu dibawa.
Saiz porch beg ini sangat besar dan banyak benda yang boleh dimasukkan. Peraduan kali ini memerlukan anda meneka 10 barang yang terdapat dalam porch beg saya minggu ini. Saya sendiri baru tahu apa yang ada dalam porch beg setelah dikeluarkan untuk mengambil gambar. Senarai tersebut telah diambil gambar sebagai rujukan. Oleh itu, anda hanya perlu meneka apa yang terdapat dalam porch beg pada hari ini.
Syarat mudah penyertaan:
- Buat entry bertajuk Peraduan Teka dan Menang - Apa ada dalam porch beg gnesop?
- Senaraikan 10 barang yang terdapat dalam porch beg saya
- Masukkan banner peraduan menggunakan kod di bawah:
- Tinggalkan URL entry penyertaan anda di ruangan komen
- Pemenang dikira berdasarkan tekaan paling tepat. Sekiranya tiada yang meneka dengan tepat, tekaan paling banyak betul akan di kira pemenang. Jika terdapat lebih dari satu meneka dengan tepat, tekaan tepat paling awal dikira pemenang.
- Tarikh tutup penyertaan ialah 20 Jun 2010 (seminggu sahaja)
Hadiah untuk peraduan ini ialah Termos serbaguna dan ruang pengiklanan di blog Riwayat Hariku bersaiz 125X125 selama sebulan. Termos istimewa ini diperbuat dari aluminum berkualiti dan boleh diguna untuk air panas atau sejuk.
Sertai sekarang Peraduan Teka dan Menang - Apa ada dalam porch beg gnesop?!!
EmoticonEmoticon