30 May 2010

Break Free with DiGi party sangat best

Baru sahaja balik dari Break Free with DiGi party dan keseronokkanya masih dirasai walaupun tidak memenangi hadiah utama iaitu Smartphone Blackberry atau HTC. Mungkin belum rezeki aku lagi..

Perjalanan aku bermula jam 5.00 petang tadi dari rumah dan tiba di Menara Bata (Tower B), PJ Trade Centre jam 6.00 petang. Itupun selepas meredah kesesakan lalulintas beserta sesat ke Menara tersebut. Walaupun dari Lebuhraya Damansara kelihatan jelas menara tersebut tetapi jalan untuk ke tempat tersebut berliku-liku.

Setibanya di Menara Bata (Tower B), PJ Trade Centre, hanya beberapa orang blogger sahaja yang baru tiba. Pihak penganjur juga masih sibuk membuat persediaan tempat. Pada jam 6.30, aku mula mendaftarkan diri. Semasa daftar, aku diberikan tag nama, gelang kertas dan voucher GSC untuk 2 orang.. Hurey..!!


Selepas mendaftar, baru aku ke tandas untuk membuat persediaan costume. Masa tu aku bersama anakperak.com dan thedarkman.com. Aku pun mula mewarnakan muka aku dengan cat dan lipstik dan hasilnya... tadaa...!:

Semasa pendaftaran, blogger telah dibahagikan kumpulan mengikut nama-nama tersebut. Kebetulan dalam kumpulan aku ada 2 "The Joker". Satu "The Joker" lelaki (aku la tu) dan seorang lagi "The Joker" perempuan. Ini adalah kumpulan aku dan bersama ahlinya..


Semasa berada di meja, kami dijamukan dengan pelbagai jenis makanan dalam sudu. Apa nama makanan tersebut aku tak tahu, janji boleh belasah!

Acara bermula dengan juru acara telah diikat dan blogger diminta mencari tag nombor combinasi untuk membuka gari tersebut. Masa itu, berlari ler blogger ke luar restoran untuk mendapatkan tag tersebut. Blogger yang mendapat membuka gari tersebut mendapat cederamata dari penganjur. Aku? Bau asap jer..tak jumpa... huhuhu

Acara diteruskan dengan aktiviti kumpulan yang mana setiap kumpulan dibekalkan dengan telefon Blackberry dan arahan diberikan melalui Twitter. Setiap kumpulan perlu membuka page Twitter dan baca arahan tersebut. Kami diberikan 3 tugas iaitu:
* Membuat ayat menggunakan perkataan Smart Plan, 68, Freedom.
* Merayu untuk dibebaskan
* Membuat senaman untuk dibebaskan
Kumpulan yang terbaik akan menerima hadiah. Kumpulan kami buat apa yang termampu dan dengan bangganya dimaklumkan yang kami tidak menang.. huhuhu..


Kemudian, terdapat gimik dimana pihak polis menahan seorang banduan. Agak huru-hara juga apabila banduan tersebut lari apabila dikejar oleh pihak polis.

Gimik kedua pula ialah seorang banduan dimasukkan dipenjara. Namun begitu, banduan ini sangat hebat membuat bunyi suara. 3 orang dipanggil untuk menyanyi rap mengikut muzik suara banduan tersebut dan hadiah menarik diberikan.. Nasib baik aku tidak tahu rap, kalau tak, roboh pula stage tu.. huhuhuh..

Seterusnya acara memilih costume terbaik dimulakan. Seramai 6 peserta lelaki dan 6 peserta wanita dipanggil ke pentas. Aku antara peserta tersebut.. huhuhu.. Kami diminta membuat catwalk sorang demi seorang mengikut gaya tersendiri. Bab catwalk yang lemah nih! Kucing aku tak sempat nak ajar aku berjalan dulu sebelum ia di culik oleh makluk asing.. huhuhuh..

Pememang untuk dress terbaik menerima sebuah telefon bimbit HTC dan pemenangnya seperti di bawah:

Tahniah diucapkan kepada pemenang! 11 peserta lain menerima goodies beg.

Kemudian, acara diteruskan lagi dengan pengumuman penulisan blog pra event yang terbaik yang akan membawa pulang sebuah telefon bimbit Blackberry Bold. Dalam hati aku harap-harap boleh menang dan lagi sekali bau asap... huhuuu.. Pemenang adalah di bawah:

Tahniah kepada pemenang! Lain kali, bagi aku menang pula yek..!!

Acara Break Free with DiGi diakhiri dengan persembahan oleh penyampai bunyi suara yang hebat tersebut (lupa la nama dia..) dan aku bersiap untuk balik. Sebelum itu, aku ke tandas untuk membuang make up yang ada di muka. Mungkin ada yang pengsan nanti bila lihat muka aku semasa memandu nanti. Jenuh juga aku terpaksa memberus muka aku yang dipenuhi cat dan lipstik..huhuuhu..

Masih terdapat satu lagi telefon bimbit Blackberry untuk dimenangi iaitu dengan menghantar entry tentang kemeriahan acara Break Free with DiGi. Maklumat mengenai post tersebut akan dimaklumkan dalam website Nuffnang.

Koleksi gambar:


22 comments:

  1. waa..cepatnye dia upload entry pasal party ni. bestkan pakai digi broadband..anyway, nice meeting u. i mek satu gambar.halalkan ye..heheh

    ReplyDelete
  2. mmg best DiGi,, upload fail laju jer..
    ambik gambar? boleh.. apa salah nyer..halal dunia dan akhirat.. :)

    ReplyDelete
  3. wah cekap dan tangkap.huhu..aku x der idea mau tulis lg..tengah mengumpul source..hehe..

    ReplyDelete
  4. suka tulis masa segar mugar.. lama2 nanti lupa pulak..

    ReplyDelete
  5. eh muke kite pun ade thks tau!

    ReplyDelete
  6. ader.. sume gambar sy ambik, sy upload..

    ReplyDelete
  7. ooohhh.ur the joker with the cowboy hat.ahaks!!!i'm the fugitive bju kuning yg cuba lari dr polis2 yg agak "lame" tuh.huhu..thaks for coming bro.and "why so serious".(ni ayat joker la,x tau nak selit kat mane,sj guna ayat).
    cant wait to see ur other blogs.

    Trimas......

    ReplyDelete
  8. hi bro.. thats me.. huhuhu..
    hang yang kena tangkap tu? hang buat salah apa? iks..
    nasib baek hang pakai digi smart plan, boleh lepas.. huhuhu..
    Good show mlm tu, awek yg jerit2 tu team hang jugak ka? baguih suara dia.. terkejuz abis..!!

    ReplyDelete
  9. ha.. baru dapat tau rupa sebenar the joker..

    ReplyDelete
  10. surprise.. !! dah kenal ke epulafea?
    sama cam 'the joker' tak wajah sebenar? huhuhu

    ReplyDelete
  11. bro nak cilok gambo sket, nanti dah siap entry.. kite bagitau eh!

    ReplyDelete
  12. boleh ciklilyputih.. tak de masalah..
    nanti bg link entry.. nak tgk jgk entry ciklily

    ReplyDelete
  13. hey!!! :)

    Thanks for the pics!

    ReplyDelete
  14. Hey Jamie..
    Thanks coz visiting my blog

    ReplyDelete
  15. haha of all pictures, I get taken when I'm about to be stabbed by the host... :p

    ReplyDelete
  16. Teh tarik drinker mana aci.. u bawak profesional photographer..tu yg gambar cantik!

    ReplyDelete
  17. wahhhh! ada jugak gambar i.. sukaaa! :D

    ReplyDelete
  18. suker? terima kasih enyheartsdiamond

    ReplyDelete
  19. pro max la! all the gambar damn chun! XD I stole a few :P

    ReplyDelete
  20. @Зו В๑๑i™ - thanks

    ReplyDelete
  21. uih! party itu penuh ngan gimik.... btui tuh, sop... lepas event kne terus tulis entry br byk idea... kalo dh basi kang ayat power2 x kuar kan? eheheheh

    ReplyDelete
  22. @akuzle - terima kasih. kalau lama2 nanti mood pun dah kureng...huhuhu

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon