23 May 2010

Ani Sup Utara, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Jumaat lepas, kami sekeluarga ke Wangsa Maju untuk makan malam di Ani Sup Utara yang agak terkenal masa ini. Ini adalah kali pertama kami ke sana untuk mencuba sendiri keenakan sup oleh restoran tersebut. Kami ke sana dalam jam 8.00 malam dan ia tidak jauh dari rumah kami.

Restoran Ani Sup Utara yang berslogan "Ingat Sup, Ingat Ani Sup Utara" mempunyai keunikannya tersendiri. Walaupun restorannya berada jauh dari jalan utama, tetapi pengunjung tetap ramai singgah untuk menjamu selera. Ini menunjukkan restoran beliau amat dikenali oleh pengunjung.

Walaupun tema utama restoran beliau ialah sup, tetapi pelbagai aneka pilihan makan disediakan. Antaranya masakan panas, ayam penyet, kuih tradisi, roti bakar, otak-otak dan sebagainya.

Design restoran ini juga amat eksekutif dan menarik dari segi perabot, susunan meja, gelas dan pinggan serta hiasan dalaman. LCD TV diletak kedua penjuru untuk memastikan pelanggan boleh menonton disamping menjamu selera.
Makanan yang disediakan juga cukup sedap. Pada malam tersebut, kami memesan sup daging dan nasi ayam penyet. Roti bakar juga dipesan untuk Azfar dan Azwar. Harga makanan juga adalah perpatutan

Untuk maklumat lanjut mengenai restoran ini, sila lawat laman web rasmi restoran Ani Sup Utara.

 


EmoticonEmoticon