25 April 2010

Taklimat kesihatan oleh Ampang Puteri

Beberapa minggu lepas, aku dihubungi oleh seseorang dari Ampang Puteri untuk datang ke hospital untuk mendengar sesi kaunseling tentang bahaya penyakit tersembunyi. Penyakit tersebut yang paling terkenal dan bahaya serta meragut nyawa setiap jam di dunia ini. Apa penyakit tersebut?

  1. Jantung
  2. Kencing manis
  3. Barah
  4. ........ lupa da... hehehehe
Pada mulanya aku agak malas untuk datang kerana biasanya bila telefon untuk datang mendengar ceramah kesihatan, mesti ingin memperkenalkan pakej atau sesi rawatan. Namun apabila tiap-tiap minggu kakak tersebut call, aku merasakan kesungguhannya untuk memjemput aku. Akhirnya aku membuat temujanji untuk hadir pada hari ini.

Seperti yang dijanjikan, aku ke Hospital Ampang Puteri untuk mendengar taklimat tersebut. Tekaan aku silap, yang mana bukan sesi ceramah kesihatan tetapi sesi kaunseling dan bukan oleh seorang doktor. Beliau menerangkan sedikit sebanyak tentang bahaya 4 jenis penyakit dan beberapa intro tentang penyakit. Setelah beberapa ketika, aku mula rimas kerana intro terlalu panjang dan penerangan terlalu umum. Setelah sekian lama bercerita, akhirnya beliau menerangkan pakej yang hendak diperkenalkan iaitu pemeriksaan penuh untuk mengesan penyakit awal. Ia terdiri daripada 110-120 ujian untuk mengesan seberang tanda-tanda awal kesihatan. Pajek yang disediakan 18 tahun atau 5 tahun. Potongan bulanan akan dilakukan sebanyak seratus lebih sebulan kerana kos pemeriksaan oenuh berjumlah RM tiga ribu lebih.

Sebenarnya aku agak kecewa dengan dengan teklimat yang diberikan kerana:
  1. Suasana yang tidak selesa dimana meja penerangan bersebelahan yang dekat dan terdapat 5 bulah meja dalam bilik tersebut dengan tiada partition. Apabila semua bercakap, seolah-olah berada dalam pasar.
  2. Penerangan tentang penyakit tidak diberikan oleh doktor. Adakah beliau layak bercakap tentang penyakit? Adakah orang percaya penerangan beliau?
  3. Mengemukakan penerangan yang boleh menimbulkan keraguan dimana beliau ada menyentuh tentang hospital kerajaan yang lembab atau tidak sepenuhnya oleh seperti hosptal beliau. Hospital kerajaan mungkin ada kelemahan tetapi tidak seburuk yang disangkakan. Jika betul pendapat beliau, kenapa masih ramai yang berpusu-pusu ke hospital kerajaan. Apa akan jadi sekiranya hospital swasta pun dihadiri oleh ramai pesakit?
  4. Penampilan pemberi taklimat juga kurang sesuai. Sepatutnya sebagai hospital swasta memamparkan penampilan yang meyakinkan.
  5. Pengunjung bersusah payah hadir tetapi tiada token atau air minuman. Hadir mendengar taklimat pun kena bayar tiket parking. Dengan penerangan panjang lebar, seharusnya sediakan sekurang-kurangnya air mineral ker?
Apapun nasib baik disediakan bilik untuk anak aku bermain dimana terdapat tv kecil cerita kartun dan sekotak mainan. Oleh itu, penerangan tidak terganggu oleh aksi mengejar anak-anak aku.

Setelah penerangan, tiada apa yang kami dapat. Hampir 2 jam hanya mendengar tentang pakej sahaja. Apa yang kami harapkan untuk ke sana mendapat taklimat yang berkaitan dengan penyakit-penyakit seperti punca-punca atau langkah-langkah pencegahan, tidak disentuh. Apa yang diterangkan semua telah sedia maklum.

Sekiranya pihak Ampang Puteri membaca artikel ini, harap diambil perhatian sewajarnya.


EmoticonEmoticon