Impian mendapat cek RM1000 dari Nuffnang
Kali pertama aku membuat pengeluaran dari Nuffnang ialah RM 60 dan pengeluaran dibuat untuk mendapat pengalaman serta semangat untuk terus menulis blog. Sebelum itu, aku hanya menulis blog untuk suka-suka dan sejak akhir-akhir ini sahaja aku bergiat aktif menulis blog. Itu pun kerana cemburu dengan rakan-rakan blog yang telah mendapat pendapatan beribu raban dari dunia blog.
Cek pertama yang keluar memakan masa lebih dari sebulan selepas membuat permohonan. Kenapa sikit pun mohon keluar? Sekiranya anda telah mencapai RM50, anda dah layak untuk memohon. Jika ia kali pertama, sila keluarkan dahulu dan rasai keseronokkannya menerima hasil blog anda. Dengan cara tersebut, semangat untuk menulis blog lebih membara dan berkobar-kobar. Tetapi untuk ahli blog yang bukan kali pertama, terpulang untuk simpan sehingga jumlah berapa!
Setakat ini, jumlah hasil Nuffnang aku RM123.65 dan layak untuk buat permohonan pengeluaran tetapi aku telah membuat target sebanyak RM1000 seperti tajuk post aku. Boleh ke aku capai? itu adalah cabaran aku iaitu mendapat RM1000 sehingga akhir tahun ini. Mungkinkah aku tercapai matlamat tersebut?
Oleh itu, aku perlu membuat beberapa perancangan untuk memastikan matlamat aku tercapai. Antara langkah yang perlu aku ambil ialah:
- memastikan setiap hari sekurang-kurangnya 1 post.
- post perlu menarik dan mendapat tarikan daripada injin carian
- mendapatkan lebih banyak traffic
- mengadakan peraduan dan cabutan bertuah
- sentiasa memperbaiki hasil penulisan
- menyediakan ruang untuk menulis blog sekurang-kurangnya 1 jam sehari
- sentiasa membuat analisa blog
- membuat kunjungan blog rakan dan meninggalkan komen yang membina
Semoga impian aku tercapai,, amin!

EmoticonEmoticon