09 February 2010

Restoran Ayam Penyet, Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur

Pernah makan nasi Ayam Penyet? Ia popular di Sarawak dan pada lawatan aku ke Sarawak, sempat mecuba keenakan sebenar ayam penyet Sawarak. Semasa di Sarawak, kami sempat mencuba 2 tempat nasi ayam penyet yang popular.


Kali ini, kami mencuba ayam penyet di Wangsa Walk Mall. Satu hidangan ayam penyet dan udang penyet. Rasan antara ayam penyet tersebut antara Kuala Lumpur dengan Sarawak lebih kurang sama. Cuma sayur yang berbeza dan di Sarawak sendiri, penggunaan sayur juga berlainan. Ayam di Kuala Lumpur juga agak kecil dan nasi juga dalam kuantiti yang sedikit berbeza di Sarawak, ayam yang digunakan besar dan nasi yang dihidangkan juga banyak.

Nasi ayam penyet tidak menyediakan kuah dan agak kering. Sup adalah sesuai untuk makan bersama-sama nasi penyet jika anda tidak suka nasi yang agak kering.
 
  
Sambil makan, Azfar dan Azwar boleh bermain-main dulu di kawasan permaianan berhampiran.


EmoticonEmoticon