26 January 2010

Tips buat ibubapa

Menghadapi anak yang sedang meningkat remaja bukanlah satu perkara yang mudah.Ramai ibu-bapa yang menghadapi masalah dengan anak-anak yag sedang mekar ini...pertentangan pendapat...pertikaman lidah menjadi perkara biasa..tekanan emosi dan sebagai nya...Siapa yang bersalah sebenarnya.....atau ibu-bapa yang tidak faham kehendak mereka.........oleh itu lihatlah tips di bawah..

Bagi mempercepatkan proses pembinaan remaja yang utuh dan seimbang, ibu bapa dan penjaga perlu menghayati keluhan remaja seperti berikut:

1. Usahlah manjakan saya, saya sedar perbuatan ini tidak patut. Saya juga tahu tidak semua permintaan saya perlu dilayan. Saya cuma mahu menguji ibu dan bapa sahaja.

2. Usahlah takut bersikap tegas terhadap saya, saya suka ketegasan kerana saya akan berasa lebih selamat.

3. Usah biarkan saya membentuk tabiat buruk. Saya berharap ibu dan bapa dapat mengesan tabiat ini sebelum berlarutan dan berakar umbi.

4. Usah cuba memperkecil-kecilkan saya. Sikap seperti ini hanya menyebabkan saya berlagak seperti orang benar dengan memperlihatkan kebodohan.

5. Usah tunjukkan kesalahan saya di hadapan orang. Saya akan lebih memberi perhatian kalau ibu bapa menasihati saya secara peribadi.

6. Usah buat saya berasa kesalahan saya itu satu dosa. Ini boleh mengelirukan perasaan dan nilai diri saya.

7. Usah lindungi saya daripada perbuatan yang akan mendatangkan mudarat. Kadang-kadang saya perlu belajar melalui pengalaman lalu.

8. Usah bimbang kalau saya katakan, “Saya benci pada ibu dan bapa.” Sebenarnya saya bukan membenci ibu dan bapa, tetapi saya membenci kuasa yang ada pada ibu bapa yang boleh menghalang cita-cita saya.

9. Usah bimbang apabila saya kurang sihat. Ini kadang-kadang membolehkan saya mendapat perhatian yang diperlukan.

10. Usah leteri saya. Kalau ibu dan bapa terus berleter, saya terpaksa memekakkan telinga.

11. Usah lupa yang saya tidak bijak untuk menyatakan hasrat saya. Itulah sebabnya saya tidak selalu betul.

12. Usah buat janji yang tergesa-tergesa. Ingatlah, saya akan berasa kecewa kalau janji-janji itu tidak ditepati.

13. Usah paksa saya menunjukkan kejujuran. Ini mudah menakutkan saya hingga saya bercakap bohong.

14. Usah selalu bertukar-tukar sikap. Ini membuatkan saya keliru dan kurang yakin terhadap ibu bapa.

15. Usah cuba memperbodoh-bodohkan saya apabila saya takut. Ketakutan saya itu berasas dan saya boleh mendapat keyakinan kalau ibu bapa memahami saya.

16. Usah tolak pertanyaan saya. Jika ini berlaku saya tidak akan bertanya lagi dan akan mencari jawapan daripada punca lain.

17. Usah katakan ibu dan bapa serba sempurna atau tidak ada cacat cela. Ini memeranjatkan saya.

18. Usah berasa hina apabila hendak meminta maaf daripada saya. Saya akan berasa lebih mesra dengan ibu dan bapa apabila mendengar ucapan maaf yang tulus ikhlas.

19. Usah lupa, saya cepat membesar. Memang sukar untuk ibu dan bapa mengikut dan mengesan pertumbuhan saya. Walau bagaimanapun, cubalah berbuat demikian.

20. Usah lupa, saya suka membuat percubaan. Hati saya resah kalau tidak mencuba. Jadi izinkan saya mencuba.

21. Usah lupa, saya memerlukan kasih sayang dan persefahaman untuk membesar dengan baik.


Dipetik dari: malaysiaria.ning.com


EmoticonEmoticon