08 January 2010

Alamak, hujan lagi petang ini

Dah beberapa hari asyik petang hujan. Hari ini nampaknya hujan lagi. Bila jam 5 petang aje, hujan dengan lebat. Dah le masa tu masa aku nak balik kerja.

Ini lah kehidupan penunggang motosikal seperti aku, jika hujan berbasah, bila panas berpeluh-peluh. Tetapi jika dibandingkan dengan memandu kereta ke tempat kerja, aku sanggup berpanas dan berhujan.
Kenapa? Korang bayang kan jika aku menunggang motosikal dari rumah ke tempat kerja hanya 15 minit tetapi dengan memandu kereta, 1 jam belum tentu boleh sampai. Jadi untuk lebih ekonomi dan langkah berjimat cermat, guna la motosikal.

Buat masa ini masih menggunakan kapcai dan bercita-cita untuk mendapatkan moto lebih berkuasa tinggi. Tiap-tiap hari menjenguk di mudah.my tetapi belum ada yang sangkut dari segi harga dan jenisnya.


EmoticonEmoticon