Sehari di SOGO, Kuala Lumpur
Selepas makan tengah hari tadi, kami sekeluarga ke SOGO Kuala Lumpur untuk berjalan-jalan. Setiba di SOGO, agak sukar untuk mencari tempat meletak kereta kerana ramai pengunjung. Tujuan kami ke SOGO hanya untuk memberi peluang kepada Azfar dan Azwar bermain di taman permainan Starz Studio di tingkat 7, Bangunan SOGO.
Sebelum ini, mereka pernah Azfar dan Azwar bermain di situ dan ia sangat menyeronokkan. Aku juga berpuas hati dengan tahap kebersihan dan keselamatan di Starz Studio. Hanya RM 5 untuk sejam dan dapat lebih penjimatan jika anda membeli prepaid kad iaitu TM 35 untuk 10 jam.
Azfar sememangnya suka bergambar.
Hanya untuk kenang-kenangan. :)
Azwar jika bermain, tidak lagi hirau sekeliling.
Terdapat banyak pilihan mainan untuk kanak-kanak.
Sementara menunggu anak-anak bermain, aku ke tingkat 6 untuk minum petang.
Hmmm..yam yam...!! Dah baca bismillah?
Sedap sungguh kek di Secret Recipe (Kek coklat pisang)
Kami berada di SOGO hingga ke jam 5.30 petang. Semasa perjalanan pulang, Azfar dan Azwar selamat tidur dalam kereta kerana kepenatan.
EmoticonEmoticon