14 December 2009

Pengiklanan Nuffnang


Aku terbaca blog yang memaparkan menerima cek dari Nuffnang. Gembira sungguh, maklum dapat cek tu. Masa terbaca tu, sayu je aku rasa sebab aku rasa dah register dengan Nuffnang ni agak lama juga tetapi masih belum lagi menerima cek dari Nuffnang sebab belum mencapai RM 50 pun.

Bila baca post blognyer baru aku tahu wujud penyelewangan. Penyelewengan? Dia sendiri yang tulis yang penat dia klik iklan tiap-tiap hari dan minta rakan-rakan pula klik. Adakah ini cara yang betul?

Aku pernah terbaca kenapa clikbank yang menutup pendaftaran dari Malaysia kerana perkara yang seperti ini juga. Tidak mustahil jika semua blogger melakukan perkara yang sama, Nuffnang akan tutup pengiklanan dari Malaysia kerana pengiklan tidak lagi percaya dengan blogger Malaysia.

Jika kita rujuk fungsi pengiklanan, masing-masing ingin mencari pasaran dan melariskan jualan. Jika terdapat blogger yang mengambil kesempatan, ini akan memberi kesan kepada blogger yang lain.

Oleh itu, pikir-pikirkan.. Semua orang inginkan pendapatan tambahan tetapi harap boleh lakukan dengan betul. Dapatkan banyak pelawat, letak iklan di tempat strategik dan dapatkan panduan-panduan dari blog lain.

Post lain berkaitan topik ini: http://rjuna.net/tag/nuffnang/
Team klik nuffnang yang kena tangkap dengan Nuffnang..


EmoticonEmoticon