22 December 2009

Motor Idaman - Kawasaki ER6N

Motor idaman aku Kawasaki ER6N yang teringin sangat nak memilikinya terutama apabila makin ramai menunggangnya.

Aku telah cuba mendapatkan harga dari pengedar Kawasaki di Jalan Genting Kelang dan .... boleh tahan. Harga OTR bagi ER6N SE ialah RM35 ribu dan RM33 ribu bagi biasa. Untuk itu aku perlu fikir-fikirkan dari semua aspek antaranya maintenance, penggunaan, parking, minyak dan lain-lain lagi. Banyak juga nak kena fikir. Yang utama adakah ia keperluan atau kehendak? Namun begitu, minat untuk memilikinya masih membara.

Aku pasti, ER6N ini bukan sahaja diminati oleh aku sahaja malah ramai lagi penunggang lain kerana pakej harga yang terendah dalah kelas Superbike. Jika dibandingkan dengan Superbike jenama lain yang sama kuasanya, pasti harga berlipat kali ganda. Setakat ini, ramai yang telah menggunakannya berpuashati terhadap prestasi ER6N.

Apa yang menarik minat aku tentang ER6N ialah nakebike yang mana pemanduan tidak perlu berbongkok. Malah ER6N juga compact yang sesuai pemanduannya di bandar dan kuasanya 600 cc membolehkan ia dibawa untuk perjalanan jauh.

Semoga harapan aku memiliki motor ini tercapai, AMIM...........

2 comments:

  1. join kelab ER6N forum di http://er6.my-forums.net/

    ReplyDelete
  2. selalu usya harga secondhand kat mudah.my, masih mahal lagi. Agaknyer bila boleh turun sampai RM25 ribu yek..

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon