Bercuti dan menginap di Everly Resort Hotel, Melaka #1
Selepas bersiap
Pada Jumaat lepas, kami sekeluarga bercuti ke Melaka berikutan cuti 3 hari Krismas. Perjalanan kami bermula pada jam 10.30 pagi dari rumah. Perjalanan agak perlahan pada hari tersebut kerana terdapat banyak kenderaan di jalan raya. Kenderaan bergerak perlahan dari Bangi hingga Seremban dan kemudian ia mula bergerak lancar.
Di Hentian Nilai, kami berehat sebentar untuk makan tengah hari. Hentian Nilai dipenuhi dengan pengunjung yang ingin berehat dan makan tengah hari kerana jam menunjukkan 12.30 tengah hari. Sepanjang berada di situ, beberapa mat penjual telefon bimbit, jam atau cermin mata berkeliharan mencari pembeli. Cara menjual agak unik kerana beliau akan nenunjukkan barangan tersebut sedikit sahaja seolah-olah barangan curi atau kawalan. Hasil dari cerita-cerita yang didengari sebelum ini, mereka cuba menipu pembeli menggunakan tektik tersebut. Apa-apa pun, aku tidak berminat untuk membelinya.
Setelah selesai makan tengah hari, kami meneruskan perjalanan ke Tanjun Kling, Melaka. Kami tiba di Hotel Everly pada jam 2.45 petang. Selepas daftar masuk, kami hanya berehat dan menikmati permandangan pantai dari bilik hotel.
Everly Resort Hotel adalah berbentuk apartment dan apartment kami memiliki 2 bilik dan 2 bilik air. Ruang apartment adalah sangat luas. Azfar dan Azwar seronok berlari sepanjang ruang tamu. Hotel ini dilengkapi semua kemudahan asas seperti TV, Peti ais, dapur, mesin basuh dan jus air panas. Namun begitu, kemudahan WiFi tidak boleh di akses dari dalam bilik dan hanya boleh di dapati di ruang lobi hotel.
Selepas Asar, kami ke kolam untuk bermandi-manda. Kolam di penuhi dengan pelawat dan kebanyakkan adalah kanak-kanak. Azfar dan Azwar berseronok sepenuhnya sehingga terpaksa dipujuk untuk balik ke bilik.
Petang itu, aku ke pasaraya berdekatan iaitu Pasaraya Bintang di Pantai Klebang untuk mendapatkan minuman dan ais untuk makan malam. Kami sememangnya telah bersedia dengan alatan untuk membuat 'steamboat' untuk makan malam. Sambil makan malam, kami berbincang aktiviti yang akan dilakukan untuk esok hari.
Hari kedua, bersambung..... siri #2
EmoticonEmoticon