30 August 2009

Kedai Kasut Crocs Online


Semperna menyambut Raya Aidilfitri tahun ini, mungkin ada yang telah membeli belah barangan raya seperti baju, set perabot, langsir, kasut dan sebagainya. Ini untuk mengelak dari membeli di saat-saat akhir.


Pembelian online salah satu cara pembelian yang makin popular sekarang ini. Pengguna Malaysia semakin yakin dengan pembelian secara maya ini dan oleh sebab itu, wujudnya pelbagai laman web, blog yang menyediakan perkhidmatan ini scara besar atau kecilan.


Hari ini aku ingin menyentuh sedikit dengan kedai kasut Crocs yang sememangnya popular. Jadi aku tidak perlu bercerita tentang kasut ini. Maklumat lanjut, sila lawat http://www.crocs.com/ atau http://www.crocs.com.my/ laman web rasmi kasut crocs.


Terpadat beberapa blogger yang juga berjinak-jinak dengan menjual produk kasut crocs. Oleh itu, jika kita membuat carian internet beberapa laman blog yang akan muncul. Salah satunya ialah http://kedaikasutsaya.blogspot.com/ . Pembeli boleh memilih untuk penghantaran secara pos atau mengambil sendiri. Jika secara penghantaran pos, pembeli perlu membayar dahulu bersama bayaran pos. Manakala bagi mengambil sendiri, boleh membuat pembayaran semasa mengambilnya.


Boleh percaya ke pembelian online ni?

Untuk memastikan penjual itu tidak menipu, sila lawat keseluruhan web atau blog. Lihat komen, atau bukti-bukti penjualan. Kebiasan penjual akan meletak nombor rujukan pos jika barangan telah di pos.

Dari segi keaslian, sila rujuk jaminan penjual. Terdapat juga product kasut crocs yang mula di tiru. Oleh itu, pastikan anda membuat sedikit kajian tentang kasut crocs.


Harga pembelian kebiasaan ditawarkan lebih murah. Ini yang menarik pembeli-pembeli kerana kebiasaannya harga berbeza sebanyak 50%. Ini menjadi persoalan pembeli, bagaimana harga boleh begitu murah? Barang reject? Barang tiruan? Hanya penjual sahaja yang tahu dan boleh menjawabnya.


Jika anda tidak yakin, tetapi ingin mendapatkan yang agak murah, anda boleh dapatkan kasut crocs dari kedai Crocs Outlet. Setakat ini, aku hanya tahu 1 sahaja iaitu di pasararaya Mines, Balakong. Tetapi tidak semua product dan saiz boleh diperolehi dari outlet.


Namun begitu, jika anda betul-betul ingin berpuas hati, belilah dari kedai-kedai Crocs yang sah.

7 comments:

  1. di http://online-crocs.blogspot.com

    kami telah menghantar lebih 300++ pasang kasut crocs. dan 95% pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan kami.

    Layari blog kami untuk mendapatkan jawapan yang lebih lanjut.

    Kami jujur, dan kami berkhidmat hanya untuk anda

    ReplyDelete
  2. kenapa di http://online-crocs.blogspot.com off kan comment? patut ada untuk customer menyampaikan review ttg servis anda. pembeli lain akan lebih yakin dengan perkhidmatan anda.
    tiada perkhidmatan COD? kalau sama area, lebih selesa dgn COD, jika ada proud, boleh terus tukar.

    ReplyDelete
  3. maafkan kami sop.
    Kebelankangan ini kami tidak ade masalah dengan isu proud tue.. lagi pun, penghantaran dibuat setiap minggu malah setuap hari.

    Sop boleh direct email kat kami (crocsmaster@gmail.com). Insyallah kami akan balas e-mail Sop secepat mungkin.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas respon anda. Kebelakangan ini, pembelian crocs online semakin meluas. Pengguna mula yakin dengan pembelian online. Kepada pengusahan crocs online, teruskan memberikan servis terbaik kepada pelanggan untuk terus menaikkan keyakinan dengan pembelian online ini.

    Kepada crocs master, jika sy ingin dapatkan model terbaru crocs, saya akan hubungi anda.

    Sy baru sahaja mendapatkan crocsband (dari kedaikasutsaya). Saiz crocband agak kecil dari saiz kasut lain.

    ReplyDelete
  5. ade x crocs cleo..? sy dah mencari tapi x banyak yg menjualnye. sile updates bole.?

    ReplyDelete
  6. salam saudara..
    post ini hanya membincangkan crocs online. saya tidak menjual sebarang kasut crocs, namum begitu saya pernah menggunakan perkhidmatan penjual http://kedaikasutsaya.blogspot.com
    anda boleh membuat tempahan dari blog beliau

    ReplyDelete
  7. kedai online ni pun bagus:
    http://kedaikasutcrocs.blogspot.com/

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon