20 April 2009

Pelajar Oh Pelajar

Di kawasan rumah aku, ada rumah yang dijadikan asrama untuk pelajar sebuah kolej swasta. Kolej berkenaan telah menyewa beberapa unit rumah di sekitar kawasan ini. Kesemua pelajar adalah melayu dan terdiri dari lelaki dan perempuan. Pada awal pagi, ada bas yang menunggu pelajar ini untuk ke kolej.

Namum begitu, terdapat beberapa kelakuan pelajar-pelajar ini yang tidak disenangi. Antaranya membuat bising di tengah malam. Boleh kedengaran suara pelajar-pelajar yang ketawa terbahak-bahak dan ada yang menjerit. Dan paling ketara suara Pelajar perempuan. Ikss.. kurang enak didengar sungguh.

Terdapat juga segelintir pelajar yang duduk bertenet (berdating) di sekitar kawasan rumah. Berdua-duaan dilamun cinta di bawah sinaran lampu jalan, bercintan sakan, ada yang berkumpul secara kumpulan dan lain-lain lagi.

Jika musim pelajar ini cuti, pasti kawasan ini akan sunyi dan aman.

Pujian juga harus diberikan kepada selintir pelajar yang rajin ulang-alik ke masjid yang berdekatan. Masih ada yang menghormati penduduk yang lain, masih tidak terkena dengan kejutan budaya. Aku pasti yang tinggal di asrama ini bukan dari sekitar Kuala Lumpur. Ini mungkin disebabkan kejutan buaya kepada pelajar-pelajar ini.


EmoticonEmoticon