26 April 2009

Kempen Menulis Mengenai Pekerjaan Anda

Semperna sambutan Hari Pekerja 2009 pada 1 Mei ini, aku ingin menyeru kepada rakan-rakan blogger untuk menulis tentang pekerjaan anda semua. Ini untuk menghargai pekerjaan yang anda semua lakukan untuk menyara hidup masing-masing.
Topik bebas tentang pekerjaan anda

Boleh memasukkan elemen pekerjaan, tugas-tugas
Sejarah pekerjaan anda

Perasaan anda tentang pekerjaan anda

Harapan untuk pekerjaan anda

Dan lain-lain yang bersesuaian


Kepada pelajar atau penganggur yang belum mempunyai pekerjaan, anda boleh menulis tentang pekerjaan impian anda.
Semoga penulisan kali ini memberi semangat kepada anda dan juga rakan-rakan untuk terus bekerja dan bekerja...Sila tinggalkan komen jika anda ikut sama dalam kempen ini untuk sama-sama hebahkan kepada rakan-rakan.

Kisah aku:
Ini adalah pekerjaan aku dan aku tidak ingat ini pekerjaan yang ke berapa. Mari kita sama-sama kira dan berapa jenis kerja yang aku dah buat.

Pertama, aku mula jalankan partime (cuti sekolah) ikut pekerja kotrak pasang jubin dan tile. Ini pekerjaan pertama yang aku buat. Agak teruja kerana pertama kali bekerja. Kerja agak penat kerana menggunakan tenaga. Kerja ini aku buat setiap kali cuti belajar (hingga cuti sem. U).

Kemudian, selepas tamat pengajian di UKM, aku bekerja di kilang proton sebagai operator memasang radio. Masa ini aku menunggu untuk konvokesyen dan sambil cari kerja tetap. Kerja ini pun penat kerana kerja ikut shif pagi dan malam. Menggunakan tenaga fizikal yang banyak dan terpaksa ikut line yang bergerak-gerak tuh. Iks.. mabuk juga pada peringkat awal. Aku sempat bekerja selama 5 bulan di sini.

Selepas konvo aku kerja di syarikat pembekal alat tulis sebagai kerani dan wakil jualan. Masa ni gaji pun tak banyak tetapi kerja agak ringan sikit. Tugas kerana buat failing, keluarkan sebutharga, invoice dan lain-lain juga. Dalam masa yang sama kena jumpa pelanggan untukn dapatkan sale. Kadang-kadang pergi hantar barang juga. Masa ni, cuba cari peluang kerja lain juga. Aku kerja di sini lebih kurang setahun juga.

Kemudian, aku dapat kerja di KPDN & HEP. Kerja sebagai kerani sangkut dan semetara. Kerja di sini paling ringan. Aku hanya kerja setengah hari iaitu 5 jam sahaja. Bayaran gaji mengikut harian. Tugasan hanya membuat failing. Kontrak kerja setiap 6 bulan. Jika diperlukan, akan sambung lagi 6 bulan dan seterunya. Oleh kerana hanya kerja sehingga jam 1, aku teruskan kerja dengan pembekal alatulis disebelah petang. Kira partime. Aku bertahan sehingga 1 tahun setengah.

Kemudian, aku dapat tawaran pula bekerja dengan AmFinance (AMBANK) sebagai kerani. Ini adalah kerja paling singkat aku, kerana selepas seminggu bekerja, aku dapat tawaran sebagai kerani di Suruhanjaya Tenaga (ST). Aku berhenti di Amfinance kerana memikirkan ianya kerja kontrak dan ST, aku ditawarkan jawatan tetap dan gaji lebih sikit...hehehe. Jadi aku tak sempat banyak belajar dan tak banyak cerita di situ.

Di ST, aku bekerja lebih kurang setahun setengah. Di sini aku banyak belajar sebagai kerani dan tugasan lain. Kerja tak menggunakan tenaga fizikal yang banyak, dan hanya berada di pejabat. Masuk pagi dan balik malam (buat OT). Masa ni, kulit aku agak cerah sebab jarang kena panas.. hehehehe. Di ini juga aku banyak belajar tentang dunia website kerana pejabat menyediakan komputer dan internet yang amat baik. Senang untuk mendapat maklumat di internet.

Seterusnya aku mendapat tawaran untuk lanjut pelajaran untuk ke bidang pendidikan. Ini peluang yang aku tunggu untuk bekerja mengikut kelayakkan. Setelah tamat pengajian selama setahun (KPLI), aku terpaksa menunggu selama 7 bulan untuk dipostingkan. Ini kerana aku pernah berkhidmat dengan kerajaan dan menimbulkan masalah penempatan. Sementara menunggu di tempatkan ke sekolah, terpaksa aku membuat kerja partime untuk menampung kehidupan. Beberapa lama mencari, aku akhirnya dapat membuat kerja sampingan di hotel prince Hotel sebagai pelayan (banquite). Biasanya ada function untuk majlis perkahwinan, kempen, pelancaran dan sebagainya. Kerja ini amat memenatkan dan gaji dibayar mengikut jam bekerja. Aku hanya sempat membuat partime untuk 3 bulan sahaja

Kemudian, selepas bantuan rakan, aku dapat bekerja sebagai kerani sangkut (sementara) di Putrajaya (SPA). Kerja yang pernah aku buat sebelum ini cuma berbeza Kementerian sahaja. Aku sempat bertugas di sini selama 4 bulan kerana selepas itu aku diberi penempatan ke sekolah.

Aku bertugas di sekolah selama 2 tahun. Kerja yang seronok dan selesa. Seronok kerana boleh belajar sesuatu yang baru, sentiasa bersama rakan, murid dan aktiviti. Kerja tidak menggunakan fizikal yang banyak dan penuh dengan kepuasan. Tapi semua itu boleh dapat jika anda benar-benar ikhlas membuat sesuatu. berbeza pula jika anda berfikiran sebaliknya kerana ia akan membebankan anda. Guru sebenarnya mempunyai tugas yang pelbagai iaitu bukan sahaja hanya mengajar tetapi puluhan tugas lain yang perlu dilakukan.

Selepas tu, aku dirisik pula di jabatan pelajaran negeri iaitu pekerjaan aku sekarang. Pekerjaan sekarang pun seronok dan luas pandangan. Untuk kumpul pengetahuan atau belajar, ia amat bagus. Aku sememangnya setiap hari belajar sesuatu yang baru. Tugas-tugas pun berbeza. Kesibukan bergantung kepada masa dan keadaan. Jika program banyak, biasanya agak sibuk. Dan kebiasaan di cuti sekolah akhir tahun, baru kurang sibuk sepenunhya. Pekerjaan ini memerlukan aku selalu outstation (dalam negeri). Kadang kala bersambung-sambung juga outstatio nyer. Dan aku seronok dengan pekerjaan sekarang.

Jika ada peluang untuk aku tingkatkan pekerjaan aku, akan aku lakukan. Aku perlu sentiasa belajar dan menaiktaraf pekerjaan aku. Mana tahu suatu hari nanti, aku boleh ke peringkat tertinggi?

Sekian, itu sahaja kisah-kisah pekerjaan aku. terima kasih kerana sudi membaca sehingga habis.


EmoticonEmoticon