Kisah Hari Raya Aidul Adha
Lembu di bawa ke bawah khemah untuk diuruskan
Penduduk bergotong royong melapah daging
Berat sama dipikul, singan sama di jinjing. Apa ni, tengok ajer?
Semalam selesai sudah majlis korban di surau kawasan rumah aku. Hanya 2 ekor lembu dan 1 ekor kambing di korbankan. Majlis korban dimulakan selepas solat sunat Aidiladha pada jam 9.30 pagi. Suasana hujan satu hari dari pagi sampai petang.
Bergambar untuk bukti aku pun tolong yek...heheheh
Tunggu untuk jalankan tugas masing-masing
Ramai penduduk yang turun membantu termasuklah aku.. (hehehehe) Bila ramai nih, suasana amat meriah dan kerja-kerja lebih ringan. lembu yang disembelih di bawa ke bawah khemah untuk dipapah dagingnya. 2 khemah dipasang untuk tujuan memapah dan memasak.
Tulang perlu dipotong menggunakan kapak
Keras betul tulang nih....cam tulang jer...hehehehe
Semalam juga kali pertama aku melapah daging lembu. Sebelum ni, banyak buat kerja seperti menimbang, mengangkat dan bantu apa yang berkaitan. Kali ni dah ready beli pisau untuk melapah daging. Pengalaman pertama membuang kulit lembu (melapah), memotong tulang-tulang dengan kapak... (penat) dan mengagih daging. Cukup seronok bila bergotong royong bersama-sama. Tidak kira tua dan muda bantu membantu apa yang perlu. Sambil-sambil tu, dapatkan ilmu sikit-sikit cara pelapah daging yang baik.. hehehe
Ni pasau yang aku gunakan, beli yang murah jer.. Kalau dah terrer nanti boleh beli yang best2 plak...
Tuan-tuan dan puan-puan.. sebelum dimasukkan air, kita perlu tumis dulu supaya sup kita nanti wangi dan lazat... seterusnya...hahahaha..
Daging kambing yang dikorban semuanya dimasak kari. Tulang lembu pula dijadikan sup untuk semua penduduk. Hujan-hujan perkena sup tulang, mhhmmm.... lazat!
Kari kambing...mmmhm..kaum hawa banyak uruskan kerja dalaman
Aku semalam 2 kali basah kuyup. Dah selesai korban, balik tukar baju, bila kemas-kemas surau, basah lagi... Malam tadi dah rasa nak demam plak.. Telan 2 biji penadol, tidur awal malam tadi dalam jam 11.00 malam. Nak tulis blog tak sempat.... ngantuk....
Sup tulang... hujan-hujan ni memang best...
Pekerja-pekerja korban dapat 2 kilo daging korban.. Alhamdulillah.. Daging tu hanya saguhati tetapi sumbangan kemasyarakatan, pengalaman dan nilai kemasyarakatan lebih penting...
Daging sedia dipacking untuk diedarkan kepada peserta korban, pekerja dan penduduk.
Sup dibiarkan sehingga daging lembut... hmmm tak sabar nak makan sup
Sejuk nih... basah 1 badan tau..
Minum pagi disediakan kepada pekerja gtong royong. (menu: nasi himpit, lemang, rendang ayam, kuah kacang, cucur, kopi dan oren)
EmoticonEmoticon