Happy New Year 2009
Kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Mungkin anda telah menanam azam baru untuk tahun baru. Apa azam aku yek?
Setiap kali tahun baru, mesti azam pun baru. Baru ada nilai tambah dalam hidup kita. Bagaimana pula dengan azam yang tidak tercapai?
Azam yang tidak tercapai, mungkin kita boleh dibawa ke tahun baru. Semak balik kenapa azam tersebut tidak tercapai. Kita perlu buat semakan kembali azam tersebut dari segi pencapaian, status, tatacara dan sebagainya.
Bagi yang berjaya mencapai azam yang ditetapkan, tahniah diucapkan. Teruskan dengan azam yang baru untuk tahun ini.
Aku sendiri telah tetapkan beberapa azam baru untuk tahun 2009. Diharapkan tahun baru ini memberi lebih keceriaan, kegembiraan, kesenangan, kesihatan yang bertambah. Diharap anda semua pun sama.
EmoticonEmoticon