Cuti-cuti Johor - Hotel Sentral, Johor Bahru
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Apa aktiviti cuti sekolah ini?
Sop percaya ramai yang ada aktiviti sendiri sama ada persendirian atau bersama keluarga. Musim cuti sekolah ramai yang melancong bersama keluarga sama ada dalam atau luar negara.
Sop untuk cuti kali ini telah bercuti bersama keluarga ke Johor Bahru dan destinasi utama ialah ke Legoland, Malaysia. Agak lama anak-anak minta untuk ke Legoland tetapi masih belum kesempatan.
Kami telah menginap di Hotel Sentral, Johor Bahru selama 2 malam. Tempahan telah dibuat melalui laman web Agoda. Tawaran agak murah berbanding dengan hotel lain. Maklum sahaja, harga hotel waktu cuti sekolah memang meriah :)
Lagi pun, Sop pernah menginap di hotel ini dulu-dulu dan ketika itu nama lain. Sekarang telah bertukar menjadi Hotel Sentral, Johor Bahru.
Hotel Sentral, Johor Bahru jika dilihat pada laman web sangat menarik. Namun agak sayang kerana 'maintenance' kurang baik. Jika dulu masa menginap rasanya agak lebih bagus. Mungkin baru ubahsuai rasanya.
Paling kurang memuaskan ialah aircond tidak sejuk! Setelah membuat aduan kepada hotel, juruteknik datang baiki tetapi kejab sahaja kemudian kembali tidak sejuk. Nasiblah berada di hotel hanya pada waktu malam :(
Parking di Hotel Sentral, Johor Bahru agak terhad namun pihak hotel telah menyediakan ruang parking di tanah lapang sebelah hotel.
Kolam renang yang berada di tingkat 2 boleh memuatkan beberapa orang sahaja |
Menu sarapan sekadar biasa sahaja. Tiada banyak pilihan tetapi cukup untuk bersarapan. Oleh kerana telah termasuk dalam pakej hotel, jadi tiada masalah. Cuma jika hendak tambah dengan RM20 dewasa dan RM15 kanak-kanak rasanya memang tidak berbaloi :)
Secara keseluruhan, Hotel Sentral, Johor Bahru tiada masalah jika maintenace dapat dijaga dengan baik. Jika dibiarkan, akan banyak kemudahan akan rosak dan hotel menjadi tidak selesa.
Galeri gambar:
Welcome to JB...bertahun duk JB, belum pernah lagi ke Legoland. USS dah 3 kali.. tapi rasa nak ke sana lagi. Haha
ReplyDeleteTerima kasih Hakimi
DeleteBlom pernah g USS.. Nak g juga nanti :)