Diari Hari Raya Aidilfitri 2014
Selamat sejahtera dan Salam Syawal kepada semua rakan.
Potrait Keluarga |
Semoga ia lebih meriah dan diberkati berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Seperti biasa, kami akan bergilir-gilir setiap tahun untuk beraya di mana dahulu dan tahun ini giliran bersama keluarga Mrs Sop.
Pagi Raya Aidilfitri telah dimulakan dengan sarapan di rumah. Mrs Sop telah sediakan spageti pada pagi tersebut. Kami kemudian terus ke masjid untuk Solat Sunat Aidilfitri di Setapak Jaya. Selesai solat, kami ke rumah keluarga Mrs Sop untuk berhari raya.
Portrait keluarga mertua |
Kami telah menginap di rumah Opah selama semalam dan kembali ke Kuala Lumpur pada keesokkannya. Kami tiba di Kuala Lumpur pada jam 5 petang.
Pada hari Raya ketiga pula, perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu untuk beraya di kampung Sop pula. Perjalanan juga lancar walaupun kenderaan agak banyak pada hari tersebut. Habis lebuhraya MTD, kami cuba menggunakan laluan lebuhraya sementara yang dibuka dari Tol Jabor ke Cheneh. Keluar dari lebuhraya tersebut, perjalanan agak perlahan kerana telah jalan biasa. Kami tiba di kampung Sop pada jam 5 petang.
Sepanjang di kampung Sop, kami hanya beraya di rumah adik beradik Sop sahaja. Biasanya hari raya pertama dan kedua yang meriah beraya dan hari raya ketiga ramai yang mula bekerja. Majlis pertunangan, kenduri, atau majlis lain mula banyak selepas hari raya ketiga.
Pada hari Sabtu, kami telah kembali ke Kuala Lumpur. Perjalanan agak awal pada pagi tersebut untuk mengelak dari kesesakan lalu lintas. Perjalanan lancar sehingga Kuala Lumpur dan kami tiba pada jam 2.00 petang. Buat pertama kalinya kami sampai awal sebegitu. Ini kerana tidak banyak kami berhenti dan perjalanan tidak santai seperti biasa.
Tamat sudah Diari Aidilfitri untuk tahun ini. Tiada yang luar biasa tetapi kemeriahan menyambut Aidilfitri tetapi dirasai.
Terima kasih kepada semua yang membuat ucapan dan mesej Aidilfitri. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.
Galeri gambar:
Gaya Auni di pagi Aidilfitri |
Gaya Azfar dan Azwar |
Bersalaman dengan ahli keluarga |
Auni pun dapat duit raya |
Auni bersama Yaya (sepupu Auni) |
Sesi bergambar :) |
selamat hari raya..:)
ReplyDeleteSlmt hari raya Cik Nor
DeleteTerima kasih bro Hazmin
ReplyDeleteJauh juga perjalanan Sop raya tahun ni ye?
ReplyDeleteSelamat Hari Raya!..:-)
rutin biasa setiap tahun :)
Deleteterima kasih @Hairul Azni
Selamat Hari Raya, Sop (c)
ReplyDeleteSlmt hr raya Suki :)
DeleteSelamat Hari Raya buat Sop sekeluarga.
ReplyDeleteSegak naa berbaju raya warna biru
Selamat hr Raya Sis Fuza
Delete