23 January 2014

Review Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Review Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang

Untuk Kembara Utara EduRiders@KL hari kedua, kami telah menginap di Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang. Ini adalah kali pertama Sop singgah menginap di Holiday Inn Resort, Batu Feringgi ini.

Seperti Holiday Inn di negeri lain, Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang merupakan hotel yang terbaik untuk menginap. Semua aspek di di Holiday Inn Resort Batu Feringgi ini amat memuaskan. Oleh sebab itu, ramai pelancong yang menginap di sini :)

Berikut sedikit maklumat mengenai Holiday Inn Resort Batu Feringgi:
Holiday Inn Resort Penang was born in 1979 with the opening of the Beach Wing. Since 1992 we have clearly dominated the Batu Ferringhi skyline with the addition of the iconic 24-storey Ferringhi Tower. As to date, the Tower remains the only high-rise hotel building on the strip, providing unmatched panoramic views. As part of the ‘Holiday Inn Refresh’, the biggest ever rebrand program in hospitality, an extensive refurbishment of all guest rooms was completed in 2011.
Review Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang

Menginap di Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang memang tidak cukup untuk 1 hari kerana ia sangat selesa. Tilam katil sahaja telah membezakan dengan banyak hotel lain yang mana cukup empuk dan tebal yang pasti memberi kepuasan untuk berehat. Ruang bilik juga menarik dengan ruang yang sangat luas dan selesa. Bilik air yang dilengkapi dengan 'bath tab' memang seronok untuk berendam air panas :)

Review Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang

Antara kemudahan lain yang menarik di sediakan di Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang ini ialah kolam renang, gym, ruang PC, alatan permainan, tempat santai tepi pantai dan lain-lain lagi. Internet percuma kepada pengunjung sama ada melalui WiFi atau kabel dalam dan luar bilik :)

Review Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang

Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang terletak di pusat tumpuan pelancongan yang mana disekitarnya terdapat pelbagai jenis kedai dan kemudahan serta baazar malam di sepanjang jalan. Berada di Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang merupakan tempat yang terbaik kepada pelancong.

Review Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang

Ruang pantai yang bersih dan permandangan yang cantik sangat memberi kelebihan kepada Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang. Terdapat juga aktiviti pantai yang menarik untuk pengunjung iaitu jet ski, payung terjun, banana boat, round island dan sebagainya.

Review Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang

Sarapan pagi di Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang juga sangat menarik. Berpuluh-puluh jenis makanan disediakan dan Sop sendiri tidak mampu menjamah semuanya. Ia memang termasuk dalam pakej penginapan.

Bagi yang ingin bercuti di Pulau Pinang, bolehlah menginap di Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang ini. Harga agak mahal tetapi memang berbaloi :) Untuk maklumat lanjut, sila layari http://penang.holidayinnresorts.com/

Galeri gambar:

Review Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang

Review Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang

Review Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang

Review Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang
Review Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang

Review Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang

Review Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang

Review Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang

Review Holiday Inn Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang


EmoticonEmoticon