Melancong ke Medan - Perjalanan ke Brastagi
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Setelah kami selesai melawat Pulai Samosir, perjalanan prcutian kami diteruskan ke Brastagi, Medan, Indonesia. Kami dimaklumkan perjalanan dari Danau Toba ke Brastagi memakan masa lebih kurang 4 jam termasuk singgah ke beberapa tempat menarik dan makan tengah hari.
Perjalanan yang melalui kawasan Tasik Toba agak mencabar dengan jalan sempit serta berselekoh. Persinggahan pertama kami sebelum sampai ke Brastagi ialah Siantar Cafe yang terletak di atas gunung. Siantar Cafe ini popular dengan goreng pisang yang sedap dengan teh halia. Tempat ini juga merupakan kawasan persinggahan dan berehat bagi pengguna laluan tersebut.
Selepas singgah di Cafe Siantar, tempat berhenti kami seterusnya ialah di Air Terjun Sipiso Piso. Air Terjun Sipiso-Piso ini antara tempat pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong luar dan warga Indonesia sendiri. Kelihatan rombongan sekolah turut datang melihat air terjun yang tinggi dan pemandangan yang indah.
Di kaki gunung Sipiso-Piso terdapat beberapa restoran yang menyediakan masakan ikan segar dari sangkar. Kami telah bercadang untuk singgah makan tengah hari di situ. Tempahan masakan ikan talapia dan ikan emas telah dibuat semasa perjalanan lagi. Perjalanan menuruni gunung dari Air Terjun Sipiso-Piso ke restoran tersebut memakan masa setengah jam dengan laluan selekoh tajam. Namun ia berbaloi melalui semua itu untuk menikmati makan tengah hari yang lazat :)
Selesai makan tengah hari, perjalanan di teruskan sehingga ke Brastagi dan tiba di penginapan seterusnya iaitu Mikie Holiday Resort pada sebelah petang.
Ikuti review mengenai Mikie Holiday Resort pada entry seterusnya.
Galeri gambar:
Risau dengan anak-anak berada tepi tasik :) |
Mereka panggil ikan emas tetapi nampak macam ikan koi |
EmoticonEmoticon