05 September 2013

Sukar ubahsuai rumah selepas pindah masuk?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Renovate atau ubahsuai rumah adalah perkara yang sering dilakukan apabila memiliki rumah terutama rumah baru. Biasanya rumah asal hanya menyediakan kelengkapan asas sahaja seperti ruang dapur dan sebagainya. Jika ingin mencantikkan rumah, ubah suai keseluruhan adalah diperlukan.

Sukar ubahsuai rumah selepas pindah masuk?
Kosong..
Ramai yang melakukan ubah suai rumah sebelum berpindak masuk kerana ia lebih mudah dan tidak pening kepala. Namun tidak semua mampu ubah suai dahulu selepas memiliki rumah. Seperti Sop, selepas beberapa tahun, baru mampu buat sikit demi sedikit. Pertamanya pasang karbinet dapur yang sangat diperlukan.

Sekarang ini, baru berkemampuan untuk memasang siling kapur. Itupun dengan memilih design yang paling ringkas dengan kos minimum dan hanya di ruang tamu sahaja. Untuk memasang siling kapur, ruang rumah perlu di kosongkan sepenuhnya kerana ia akan berhabuk dan kotor. Beberapa wayar elektrik juga perlu di 'hack' untuk membuat suis lampu yang baru.

Sukar ubahsuai rumah selepas pindah masuk?
Semua barang dimasukkan ke dalam bilik
Proses mengosongkan ruang tamu bukan mudah. Semua barang perlu dimasukkan di dalam bilik dan rumah menjadi 'kecah'. Ia juga memakan masa beberapa hari untuk siap sepenuhnya. Dengan anak-anak dan rumah yang bersepah, ia adalah cabaran kepada kami. Terpaksalah duduk di dalam bilik apabila pulang ke rumah.

Sukar ubahsuai rumah selepas pindah masuk?
Tambah suis lampu
Semoga pemasangan siling kapur ini berjalan lancar dan boleh siap dalam masa yang singkat. Agak rimas apabila keadaan rumah seperti ini. Tidak selesa! Namun keadaan ini telah sedia maklum apabila bercadang untuk memasang siling kapur ini.

Nasib baik ruang berblog tidak kacau walaupun banyak barang telah dimasukkan ke dalam bilik. Hehehe

Sukar ubahsuai rumah selepas pindah masuk?
Baru siap proses wiring
Anda ada pengalaman ubahsuai rumah?


EmoticonEmoticon