Projek pasang almari IKEA - PAX Bahagian 1
Baca Juga
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Sekali lagi Sop ingin berkongsi pengalaman memasang barangan IKEA. Jika dilihat berdasarkan entry-entry sebelum ini, banyak barangan IKEA yang Sop gunakan. Jika boleh hendak semua guna barang IKEA tetapi tidaklah berkemampuan. Paling penting apabila menggunakan barangan IKEA, Sop boleh berjimat dengan harga lebih murah dan menarik.
|
Nampak kecil tetapi berat |
Barang IKEA tidak semua murah kerana ia mengikut jenis barangan. Ada yang betul-betul murah dan ada yang betul-betul mahal. Pilihlah mengikut kemampuan dan cita rasa. Jika berkenan dan harga dalam bajet, memang perlu dapatkan barangan IKEA. Barang IKEA biasanya boleh dapat harga lebih rendah kerana barang dipasang dan diangkut sendiri berbanding dengan kedai perabot biasanya harga telah termasuk pemasangan dan pengangkutan.
|
Manual pemasangan |
Almari IKEA bernama PAX ini telah ada dalam senarai untuk dibeli sekian lama namun belum kesampaian kerana kosnya agak tinggi juga. Almari PAX IKEA ini lebih kepada almari pakaian tetapi Sop pasangnya bukan untuk baju. Tujuan utama pemasangan almari IKEA PAX ini ialah sebagai tempat penyimpanan barangan. Jika rumah yang banyak bilik, mungkin boleh sediakan 1 bilik sebagai stor. Namun rumah Sop ruang agak terhad, jadi perlukan tempat untuk menyimpan barang-barang agar lebih tersusun dan tidak kelihatan.
|
Pintu almari |
Almari IKEA PAX ini dijual secara satu persatu mengikut rangka. Rangka almari IKEA PAX terdapat dalam 3 saiz dan mempunyai 2 warna iaitu putih dan hitam. Namun begitu, untuk pintu almari ini yang dikenali dengan BERGSBO ini terdapat pelbagai jenis warna dan material.
Untuk memenuhi ruang dinding di dalam bilik tersebut, 3 almari diperlukan bersaiz besar. 3 set almari IKEA PAX telah dipesan dengan warna hitam. Beberapa aksesori turut dibeli sebagai tambahan. Proses penghantaran diperlukan kerana saiz yang besar dan berat. Tidak mampu untuk Sop angkat dan kereta juga tidak muat jika hendak angkut sendiri. Kos untuk penghantaran ialah RM75 sahaja.
|
Ikuti langkah pemasangan satu persatu |
Proses pemasangan almari IKEA PAX ini tidak begitu sukar cuma saiz yang agak besar. Proses pemasangan perlu mengikut manual yang disediakan. Jika rumah tinggi, ada caranya dan jika rumah rendah lain pula caranya. Ini kerana tinggi almari yang Sop beli ini ialah bersaiz 8 kaki.
Jika anda rasa tidak mampu untuk memasang almari IKEA ini, upah pemasangan ada disediakan oleh IKEA. Kos dikenakan berdasarkan harga barang. Jika Sop hendak upah pasang 3 almari IKEA PAX ini, kosnya ialah RM160 sahaja. Kami mengambil keputusan untuk pasang sendiri almari IKEA PAX tersebut kerana Sop yakin boleh memasangnya.
Galeri gambar:
|
Ruang pemasangan |
|
Auni setia membantu :) |
|
Auni oh Auni :) |
|
Ruang bawah |
|
Siap didirikan |
|
Ruang atas |
EmoticonEmoticon