03 August 2013

Fenomena Baju Melayu Aaron Aziz

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Fenomena Baju Melayu Aaron Aziz

Baju Melayu Aaron Aziz oleh Jakel sungguh mendapat perhatian Raya tahun ini. Iklan yang terpapar dikaca TV memberi sedikit sebanyak kesan kepada pengguna untuk mendapatkannya. Ini berdasarkan jumlah pengunjung yang ke pusat jualan Jakel dan ramai yang update laman sosial telah memilikinya.

Fenomena Baju Melayu Aaron Aziz

Sop baru ini sempat singgah ke Jakel Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk mendapatkan baju Melayu Azfar dan Azwar. Semasa singgah di Jakel, kelihatan ramai yang sedang mendapatkan baju Melayu jenama Aaron Aziz. Rupanya harga yang ditawarkan adalah berpatutan dengan serendah RM80 sahaja untuk baju Melayu lelaki. Paling penting, baju Melayu yang dijual sangat cantik dengan warna yang menarik. Harga yang berbeza adalah berdasarkan jenis kain Baju Melayu tersebut.

Sop sendiri terpikat dengan warna-warna yang terdapat pada baju Melayu Aaron Aziz tersebut. Pilih sahaja warna apa yang hendak, pasti ada di pusat jualan Jakel.

Fenomena Baju Melayu Aaron Aziz

Fokus kami hanya mendapatkan baju Melayu Azfar dan Azwar berwarna kuning emas kerana itu warna tema kami tahun ini. Baju Melayu warna kuning emas telah Sop ada jadi pakai sahaja baju Melayu sedia ada. Tidak perlu membazir bukan?

Warna dan jenis kain yang kami hendak memang ada di Jakel dan sama dengan warna baju Melayu Sop. Harga juga tidak terlalu mahal. Harga baju Melayu kanak-kanak dijual mengikut saiz dan jenis kain. Ia bermula dari RM39 sehingga RM80 bagi kain satin yang kami hendak.

Selesai sudah pakaian raya kami anak beranak untuk pagi raya nanti.

Anda sudah selesai beli baju raya?
Apa warna tema baju raya keluarga anda tahun ini?


EmoticonEmoticon