31 May 2013

Kali pertama Auni naik kapal terbang

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Melihat permandangan luar kapal terbang
Pengalaman pertama perlu dirakam untuk kenangan dalam peringatan bukan?
Ini adalah kali pertama Auni dibawa menaiki kapal terbang. Mungkin tiada apa yang dirasakan oleh Auni ketika menaiki kapal terbang tetapi sekurang-kurangnya boleh bercerita kepadanya nanti tentang beliau telah menaiki kapal terbang seawal 1 tahun. Sop sendiri sudah tua baru boleh merasa menaiki kapal terbang. Huhuhu

Penerbangan kali pertama Auni ini ialah dari Kuala Lumpur ke Langkawi. Ini adalah percutian sempena cuti sekolah untuk bawa keluarga berjalan-jalan dan juga membawa emak serta ayah Sop juga. Emak Sop belum lagi pernah sampai ke Langkawi dan ini adalah pengalaman pertama ke Langkawi sama seperti Auni :)

Sepanjang penerbangan Auni tiada masalah cuma semasa pemakaian 'seat belt' bayi, Auni seperti kurang selesa kerana tidak bebas! Bayi sedang lasak untuk bebas, mana boleh ikat-ikat bukan?

Mula minta dilepaskan
'Seat belt' bayi dipakaikan bersama 'seat belt orang dewasa. Pengalaman pertama buat kami juga menggunakan 'seat belt' bayi :)

Seperti Azfar dan Azwar, mereka telah beberapa kali menaiki kapal terbang. Keterujaan tidak lagi kelihatan kepada mereka! Hehehe

Bila kali pertama anda menaiki kapal terbang? Masih ingat?

Galeri gambar:

Seronok Auni naik kapal terbang?

Semua hendak pegang!

Langsung x diam ketika ruang menunggu

Kena lah selalu pegang!


EmoticonEmoticon