04 November 2012

Tosei Rawa atau tosei sayur

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Tosei rawa atau tosei telur merupakan jawapan bagi Segmen Tanya Anda pagi tadi ( http://www.sop.name.my/2012/11/apa-nama-menu-sarapan-ini.html). Ramai yang menjawab tosei, jawapan boleh diterima :)

Tosei rawa (ejaan tidak pasti betul atau tidak tapi sebut bunyi macam ejaan tersebut) sedikit berbeza kerana dicampur dengan sayur seperti lobak merah, saun kari, lada hitam dan rempah lain. Rasanya sedikit berbeza dengan tosei biasa kerana rempah tersebut.

Tidak semua kedai mamak menyediakan tosei rawa ini. Sop suka tosei rawa di kedai mamak Hanifa yang terletak di Medan Tuanku, Kuala Lumpur.

Bagibyang belum pernah mencubanya, sila-sila rasa. Mana tahu anda juga suka juga tosei rawa ini.

Terima kasih kepada semua rakan yang meneka :)

2 comments:

  1. peminat tosei saya ni
    sanggup belajar dengan mamak.haha tanye die cne nak buat sedap2

    sedap gile cicah kuah kari dengan sambal kelapa! dengan kopi o!

    nyam! hujan!! lapar! nak cari tosei la!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaki tosei rupanya dayteen :),terbaek! Heheh

      Delete


EmoticonEmoticon