Selamat sampai ke Kuala Terengganu
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Terima kasih kepada rakan yang mendoakan perjalanan Sop hari ini. Sop telah selamat sampai ke Kuala Terengganu pada jam 10.45 malam dan Sop tinggal di Sumai Hotel Apartment.
Perjalanan yang cukup mencabar sejak dari petang tadi yang mana selepas pertama terkena hujan, Sop terus bermandi hujan hingga ke Kuala Terengganu. Ketika itu hujan tidak begitu lebat lagi berbanding ketika berhenti di Kerteh.
Menunggang ketika hujan di tengah malam sangat berisiko kerana jalan kurang jelas. Tadi ada pula lembu landing di tengah jalan. Risau juga takut dia melintas ketika Sop lalu. Paling mencabar ialah cuaca sangat sejuk apabila baju basah kuyup. Sop mula menggigil kesejukan tetapi diteruskan perjalanan. Jika ikutkan hati, hendak sahaja berhenti dan tidur hotel mana-mana dan sambung esok! Heheheeh
Apabila bertanya dengan budak 7 Eleven semasa singgah di Marang, dimaklumkan yang Terengganu sering hujan dari petang hingga malam. Iks iks iks Begitu ceritanya :)
Cepat atau lambat, yang penting perjalanan Sop selamat. Tadi semasa di lebuh raya pantai timur, ada 3 kemalangan kereta. Sentiasa berdoa agar dijauhkan perkara buruk tersebut.
Bagi yang hendak tahu hotel yang menginap, boleh melawat link http://www.sumaisuite.com/v3/
Review dari Sop mungkin pada entry akan datang :)
Sumai Hotel Apartment |
EmoticonEmoticon