01 September 2012

Riadah di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Dahaga main pasir! Heheheh
Entry masih bercerita tentang Aidilfitri 2012 di Kuala Terengganu. Harap tidak jemu membacanya kerana agak lewat untuk dibuat entry. Masa di kampung, Sop sangat sibuk dengan persiapan kenduri dan tidak sempat untuk menulis.

Siapa suka ke Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu?
Warga Terengganu pasti suka bukan? Tempat yang selesa untuk bersantai, beriadah, lepak, berdating dan sebagainya.

Sejak zaman sekolah lagi Pantai Batu Buruk menjadi tempat bersantai Sop. Biasa melepak di situ malam minggu dan juga hari minggu. Jika ada pesta pantai, lagi kerap singgah ke Pantai Batu Buruk.

Apa yang best melepak di Pantai Batu Buruk?
Jika dulu, memang ramai rakan-rakan yang datang dan menjadi tempat berkumpul. Kadang kala ada perlumbaan di situ dan kami seronok untuk menonton. Ada juga diadakan aktiviti santai, makan minum dan melalak (menyanyi dengan iringan gitar)

Itu dulu, tetapi sekarang datang dengan keluarga. Anak-anak seronok bermain pasir dan layang-layang. Bukan senang hendak main pasir tau? Tak percaya, tanya Azfar dan Azwar [hehehehe]
Selain itu, Mrs Sop suka dengan menu ikan, sotong celup tepung dan makanan lain yang ada dijual di Pantai Batu Buruk. Beli makanan dan sambil bersantai di tepi pantain sangat melapangkan minda.

Sekarang ini, Pantai Batu Buruk telah lebih maju kerana banyak aktiviti yang disediakan untuk menarik pelancong dan pengunjung seperti aktiviti berkuda, tapak permainan, astaka untuk persembahan, gerai makanan, pasar malam dan sebagainya. Sungguh meriah Pantai Batu Buruk sekarang ini.

Paling kurang best ialah pantai Batu Buruk tidak boleh mandi-manda kerana pantainya tidak sesuai. Bukan kotor atau tercemar tetapi arus deras pantai serta muka pantai yang cerun. Ramai yang lemas apabila bermandi manda di Pantai Batu Buruk sejak dulu lagi. Oleh kerana itu, Pantai Batu Buruk dilarang mandi-manda. Jika pantai Batu Buruk boleh mandi manda, pasti lebih meriah dan lebih ramai pengunjung!

Bagi yang melawat Kuala Terengganu, pastikan singgah ke Pantai Batu Buruk.
Apa cerita anda pula dengan Pantai Batu Buruk?

Galeri gambar:


Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Baby Auni pertama kali jijak pasir pantai

Pantai Batu Buruk
Bermain layang-layang

Pantai Batu Buruk
Main timbus kaki dengan pasir

Pantai Batu Buruk

Pantai Batu Buruk





EmoticonEmoticon