21 August 2012

Perjalanan balik kampung Terengganu

Salam Aidilfitri kepada semua rakan.

Masih banyak kuih raya? Biasa di kampung Hari Raya ketiga tidak lagi meriah kerana pada hari pertama dan kedua semua rumah sanak-saudara habis diziarah. Berbeza di Kuala Lumpur yang mana habis semua balik dari kampung baru open house giat diadakan.

Hari ini Sop dan keluarga baru balik ke kampung Sop. Maklum sahaja kami balik ke kampung secara bergilir-gilir. Tahun ini giliran Mrs Sop jadi kena beraya di Kuala Lumpur dan Perak dahulu.

Kali ini kami balik ramai kerana keluarga mertua turut ikut sama ke Terengganu. Pada hari Jumaat ini, ada majlis perkahwinan adik perempuan Sop. Siapa yang berada di Kuala Terengganu bolehlah datang kenduri nanti :)

Sekarang baru berada di Stesyen Minyak Gombak menanti keluarga mertua. Di sini dijadikan check point untuk berjumpa. Tak perlu Sop ke Setapak untuk berkumpul kerana Sop dari Danau Kota lebih dekat ke lebuhraya pantai timur :)

Sambil menanti itu, boleh buat entry juga bukan?

Doakan perjalanan kami pergi dan balik. Amin :)



EmoticonEmoticon