“Nikmati Susu Dalam 21 Hari” Dutch Lady
Sticky post: 48 hours
Nikmati Susu Dalam 21 Hari |
Adakah anda tahu kita perlu mengambil 2 sajian susu sehari untuk kesihatan kita?
Kaji selidik menunjukkan purata penduduk Malaysia mengambil cuma 0.14 sajian susu sehari! Dengan mengambil 2 sajian susu sehari, ia cukup untuk membantu menjaga kesihatan kita.
Anda tidak suka minum susu? |
- Mengelakkan osteoporosis + hipertensi + kanser kolon. Kita tidak akan mendapat vitamin tambahan + kalsium tanpa meminum susu
- Meminum susu juga boleh melindungi kita dari kerosakan gigi + masalah kaviti. Kita harus memberi jaminan kepada anak2 tentang kerosakan gigi dengan menawarkan mereka segelas susu coklat. Tidak ada rekod kerosakan gigi kerana minum susu dengan perisa coklat
- Lemak susu tidak memberi apa2 kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya. Susu memberikan kita banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas
- Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain
- Minum banyak susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang + gigi + kuku + rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel
- Susu boleh menjadi pembuka baik perut terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai perangsang yang awal
- Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot2 tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja
- Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan kita. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa senaman
- Secara drastik susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam kita
- Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutiren untuk beroperasi dengan betul. Ia mengandungi vitamin (untuk sel-sel darah merah) + kalsium (untuk tulang yang kuat) + karbohidrat (tenaga) + magnesium (untuk lentur otot) + fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga) + kalium (baik untuk sistem saraf) + protein (untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan) + riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri) + zink (untuk meningkatkan sistem imun) (Sumber)
Adakah begini muka anak anda ketika minum susu? |
Adakah anak anda suka minum susu?
Adalah menjadi cabaran kepada ibubapa untuk menarik minat anak-anak untuk suka minum susu. Mereka lebih tertarik dengan minuman lain yang mungkin tidak baik untuk kesihatan. Oleh itu, adalah penting untuk ibubapa menanam tabiat kanak-kanak suka dengan susu.
Untuk membantu tabiat suka minum susu, Dutch Lady telah melancarkan Kempen “Nikmati Susu Dalam 21 Hari” untuk membantu ibubapa merealisasikan tabiat minum susu anak-anak. Salah satu cara untuk menarik minat untuk anak-anak suka minum susu ialah dengan perlbagaikan jenis hidangan susu. Bukan hanya dengan sebagai minuman tetapi boleh dipelbagaikan menu untuk menarik minat anak-anak.
Kenapa perlu 21 hari?
Adakah anda tahu untuk membina tabiat baru, kita perlukan 21 hari untuk membinanya?
Konsep 21 hari ini telah diperkenalkan oleh Dr. Maxwell Maltz dalam bukunya Psycho-Cybernetics (1971) yang menyatakan, untuk mengubah sesuatu tabiat baru, otak kita memerlukan selama 21 hari rutin yang sama tanpa meninggalkan satu haripun. Rutin yang dilakukan secara berterusan selama 21 hari akan kekal dalam daya ingatan kita dan tabiat baru tersebut akan kekal selamanya. Konsep ini terus dibuat kajian-kajian dan terbukti amalan selama 21 hari mampu membentuk tabiat baru.
Sekiranya amalan kurang daripada 21 hari, tabiat baru yang hendak dibina seperti amalan pengambilan 2 sajian susu untuk kesihatan tidak akan berjaya. Otak kita belum merekod kesemua rutin tersebut dan tidak disimpan dimemori kekal. Amalan selama 21 hari tersebut juga perlu berterusan setiap hari.
Sekiranya boleh mengekalkan tabiat pengambilan 2 sajian susu selama 21 hari, kita akan kekal dengan tabiat suka meminum susu. Bagi kanak-kanak, tabiat suka minum susu boleh ditanam sejak kecil untuk berkekalan sehingga dewasa. Menjadi cabaran kepada ibubapa untuk memastikan anak-anak kekal untuk minum susu untuk kesihatan.
Cabaran 21 hari
Bolehkah anak anda mengekalkan amalan pengambilan susu selama 21 hari?
Pasti banyak cabaran yang akan dilalui oleh ibubapa untuk memastikan anak-anak akan mengamalkan amalan pengambilan susu seperti bosan, jemu dan tidak menyelerakan. Hidangan susu yang sama dan tidak menarik akan menjadikan anak-anak akan menolak untuk amalan pengambilan susu.
Ibubapa juga akan kekeringan idea untuk menyediakan menu hidangan sajian susu kepada anak-anak. Menjadi cabaran kepada ibubapa untuk mencari idea selama 21 hari.
Atas keperihatinan tersebut, Dutch Lady melancarkan kempen 21 hari untuk menikmati susu dalam pelbagai menu dan cara untuk memastikan tabiat suka minum susu berjaya di realisasikan. Kempen ini memerlukan sumbangan idea dari semua untuk berkongsi sajian susu. Malah, hadiah berupa wang tunai RM200 disediakan kepada pemenang. Maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila layari laman Facebook Nikmati Susu Dalam 21 Hari.
Produk Dutch Lady
Dengan Dutch Lady, tidak sukar untuk menyediakan 2 sajian sehari dan diamalkan selama 21 hari kerana pelbagai jenis produk tenusu yang disediakan untuk seisi keluarga. Antara produk yang terdapat dipasaran adalah sepetti berikut:
- Susu UHT Dutch Lady
- Susu Disteril Dutch Lady
- Susu Dipasteur Dutch Lady
- Susu Tepung Famili Dutch Lady
- Minuman Yogurt Dutch Lady
- Yogurt Dutch Lady
Pelbagai jenis produk keluaran Dutch Lady di pasaran |
Dutch Lady telah melancarkan aplikasi untuk berkongsi menu sajian susu yang boleh diamalkan selama 21 hari. Pengguna juga boleh berkongsi sajian daripada produk susu dan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM200. Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web aplikasi kempen Nikmati Susu Dalam 21 Hari.
EmoticonEmoticon