09 June 2012

Sop sertai SwedeCook Class by IKEA at At19Culinary

 Selamat sejahtera kepada semua rakan. Senyum-senyum selalu kerana senyum adalah sedekah :)

Blogger-blogger yang sertai SwedeCook Class by IKEA
Semalam Sop telah menjadi salah seorang Masterchef IKEA [SwedeCook Class by IKEA at At19Culinary] yang mana telah belajar memasak makanan Sweden yang sangat sedap. Jika hendak tahu bagaimana lazatnya makanan tersebut, sila ke Restoran IKEA :) Bukan mudah untuk mendapat tawaran hebat sebegini, kerana kos kelas memasak telah ditanggung oleh IKEA dan chef yang mengajar kami sangatlah hebat orangnya. Paling best, Sop sahaja lelaki yang belajar memasak pada kelas tersebut! Huhuhuhu
Jangan buat tidak percaya Sop masak yer!
Pertama kali menyertai kelas memasak, pasti rasa kekok dan terkelu! Malah, hanya Sop seorang lelaki yang sertai kelas ini, pasti kena buli [ada ker? hehehe] Semua itu bukan halangan untuk belajar, cabaran bertambah apabila banyak bahan yang disediakan banyak Sop tidak tahu! Berbeza dengan wanita yang paling kurang tahu juga sedikit sebanyak tentang masakan :)

Jika tidak pernah masak, bukan kaki masak, kenapa sertai juga?
Pengalaman adalah tidak ternilai! [boleh terima jawapan ini?] Jika tidak sertai, adakah Sop akan berpeluang belajar masakan Sweden ini? Jika anda ingin juga merasai pengalaman ini, boleh sertai peraduan IKEA Malaysia yang berlangsung seperti dimaklumat https://www.facebook.com/IKEAMalaysia/app_247070998726077

Kelas memasak ini telah di adakan di At19Culinary yang terletak di Jalan Dungun, Damansara, Kuala Lumpur. At19Culinary bukan sahaja menyediakan kelas masakan masakan Sweden tetapi semua jenis makanan samada makanan barat, Melayu, Cina, India, kek, biskut dan lain-lain lagi. Program masakan bukan sahaja untuk kaum wanita tetapi untuk kanak-kanak, pakej keluarga, dan sebagainya. Ingin maklumat lanjut tentang jadual kelas masakan, sila lawat http://www.at19culinary.com/schedule.html

Ruang memasak yang cukup cantik
Ketika masuk ke At19Culinary, ia kelihatan sangat cantik, kemas dan hebat. Rupanya banyak barangan IKEA yang digunakan di At19Culinary ini seperti karbinet, pinggang mangkuk, aksesori dan sebagainya. Adakah IKEA memilik At19Culinary kerana ia banyak menggunakan barang IKEA?

Chef Khai

Chef yang mengajar kami memasak ialah Chef Khai iaitu seorang Chef yang sangat berpengalaman. Beliau boleh mengajar pelbagai jenis masakan tidak kira masakan timur, barat, utara dan selatan :) Penerangan oleh Chef Khai juga sangat ringkas dan mudah difahami. Pastikan anda sentiasa mendengar tips-tips yang diberikan kerana ia tidak terdapat dalam resepi yang dicetak!

Tekun mendengar tunjuk ajar chef
Masakan Sweden ini kebanyakkan mudah [maklumat dari Chef Khai] tetapi rasa sangat sedap. Dengan ramuan yang tepat, teknik yang betul pasti masakan anda akan menjadi sedap. Ketika kelas berlangsung, kami sepenuhnya menumpukan perhatian kepada apa yang diajar. Setelah kerja-kerja memasak dimulakan, perut mula terasa lapar selepas bau-bauan masakan mula terhidu! Bau pu  sudah sedap, apatah lagi jika makan! Hehehe
Dah habis masak, masa untuk makan, Yey!
Setelah 2 jam sesi memasak, akhirnya semua hidangan telah siap. Bukan sahaja boleh belajar tetapi boleh makan hidangan yang telah belajar. Inilah masa untuk mencuba masakan yang telah dimasak! Hendak tahu rasanya? Memang tidak terkata sedapnya!

Jika rakan hendak juga berpeluang menyertai kelas memasak ini, sila sertai peraduan IKEA yang sedang berlangsung hingga 14 Jun 2012 dan kelas memasak akan diadakan pada 1 Julai 2012. Apa tunggu lagi, sertai sekarang untuk belajar memasak masakan Sweden di  https://www.facebook.com/IKEAMalaysia/app_247070998726077

Galeri gambar:
Siap ada kad nama pada apron

Siap sedia untuk belajar masak!

Suka dengan konsep dan design dapur ini

Sempat bergelak ketawa dalam kelas tersebut

Apa yang diterangkan oleh chef agaknya?
  
Bahan perlu dimasukkan secukupnya

Perlu dimasak secukupnya untuk hasil yang terbaik

Cara hendak masak salmon yer tuan-tuan, puan-puan. Pastikan ia masak sempurna

Salmon yang telah dimasak

Sos yang telah siap

Setiap langkah diberi penjelasan oleh chef

Ringkas tetapi menarik

Suka dengan kabinet dapur ini

Siap dimasak, sedia untuk hiasan

Penyediaan dan hiasan

Jansson's Temptations

Poached filet of salmon with fresh salad and lemon butter sauce

Cinnamon pancake with honeyed apple
Lagi galeri gambar oleh IKEA Malaysia "The IKEA SwedeCook Class with the Bloggers" di sini

2 comments:

  1. memang best dapat gi class free camni..rupanya dah bertukar wajah baru ek blog kamu..tahniah

    ReplyDelete
  2. mmg best kak ina.. :)
    wajah baru utk domain baru.. tgh gedeh2 lagi nih,... heeh

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon